Speed Kejung Diterajang Randy Orton Dengan Jurus RKO Kerana Menyalak Depannya

IShowSpeed telah melanggar protokol penting WWE selaku acara ditayangkan secara umum ketika aksi Wrestlemania 40 melibatkan Randy Orton.

Speed yang muncul dalam acara itu sebagai gimik promosi untuk minuman Prime milik KSI dan Logan Paul.

Dia muncul dalam segmen Triple Threat Match melibatkan Logan Paul. Randy Orton dan Kevin Owens untuk WWE United States Championship.

Speed cuba membantu kawannya Paul untuk memenangi pertarungan tersebut. Namun ketika dia keluar, dia telah melanggar protokol penyiaran dengan beberapa kali mencarut dengan ayat F.

Siaran tv terpaksa censored ayat ayat tersebut dengan bunyi bleep. Siaran ini diklasifikasikan sebagai PG13 jadi ayat carutan tidak dibenarkan.

Speed turut menyalak di hadapan The Viper yang akhirnya tidak tahan dengannya lalu melancarkan RKO ke atas Speed.

Orton mulanya menyepak Speed. Dan menanggalkan kostumunya, sebelum dia melancarkan RKO yang membuatkan Speed menggelupur. Sebelum itu Speed masih tetap menyalak di depannya.

Dalam acara tersebut Logan Paul akhirnya menjadi pemenang. Setelah dia dengan bijak mengambil kesempatan.

Triple H memuji prestasi Paul di ring. Ini bukan pertama kali Logan Paul menerima pujian ramai kerana prestasi yang baik ketika di ring. Sebelum ini pada aksi debutnya, dia membuatkan ramai haters bertukar menjadi suka kepadanya.

Pada awalnya ramai menjangkakan WWE terlalu mengejar publisiti dengan menandatangani Logan Paul. Ternyata dia memiliki skil yang baik dalam acara tersebut.

Triple H berkata: “Saya ucapkan tahniah kepada Logan Paul kerana penampilan hebatnya dalam ring WrestleMania 40. Kamu sudah berkongsi ring dengan Randy Orton dan Kevin Owens, dan kemudian kamu menunjukkan aksi sebegitu, sama ada kamu keluar sebagai juara atau tak, saya nak cakap, itu persembahan yang hebat.

“Dia adalah jenis lelaki yang, setiap kali dia berada di sana, dia membuktikan kepada semua kenapa dia berhak berada di WWE. Dia tak fikirkan benda lain, cuma komitmen sebelum dia menjadi WWE superstar. Dia bagus.”

Baca yang lain