Speed Umum Persaraan Selepas Lakukan Bentesan Bahaya Ke Atas Kaka Dan ‘Miss’ Peluang Terbuka

YouTuber iShowSpeed telah melakukan satu bentesan yang sangat bahaya ke atas Kaka dan mendapat kecaman daripada ramai peminat.

Ini kerana menurut peminat bentesan itu boleh mengakibatkan kecederaan yang teruk terutama sekali Kaka sudah bersara dan sudah berusia.

Kaka yang merupakan pemenangn Ballon d’Or 2007 terkejut dengan bentesan seperti itu dalam aksi amal.

Peminat tegar Cristiano Ronaldo Speed telah menjadi pemain tetap dalam perlawanan Sidemen FC sejak kebelakangan ini tetapi telah dipilih untuk perlawanan amal yang penuh bintang di Qatar pada aksi semalam.

‘Match For Hope’ yang berlangsung di venue Piala Dunia 2022 Stadium Ahmad Bin Ali, menyaksikan sebilangan besar pencipta kandungan dan legenda bola sepak di padang yang sama.

Dan Speed adalah dirinya yang biasa gila gila semasa pertandingan itu. Sebelum ini dia memberitahu Eden Hazard pemain legenda Chelsea itu telah merampas posisinya dan kemudian cuba bercakap taktik dengan Arsene Wenger.

Tetapi dia menjadi tajuk utama pada separuh masa pertama di atas padang dengan mengeluarkan Kaka sebelum sejam perlawanan.

Legenda AC Milan dan Real Madrid menerima bola di sebelah kiri apabila Speed yang meluru dari belakang melakukan terjahan terbang yang berisiko mematahkan kaki pemain legenda Brazil itu.

Pengadil hanya melayangkan kad kuning kepada Speed di kala ramai berpendapat bahawa bentesan itu berhak mendapat kad merah.

Speed, atau nama sebenarnya Darren Watkins, bermain dalam perlawanan bola sepak amal ketiganya.

Dia merempuh KSI beberapa kali di The Valley pada 2022 dan kemudian perlawanan keduanya, di Stadium London West Ham, menyaksikan dia gagal dalam sepakan penalti.

Dalam aksi ketiga, selain daripada membentes Kaka dengan terjahan ‘penamat karier’ dia juga gagal menyempurnakan peluang gol terbuka selepas menerima hantaran Eden Hazard.

Dan kemudian dia meminta maaf di atas prestasi hambarnya itu lalu mengumumkan persaraan daripada bola sepak.

Di bilik persalinan Roberto Carlos mahu mendapatkan kepastian daripada Speed, apa yang sebenarnya berlaku kepadanya. Dan dia hanya mampu meminta maaf di bilik persalinan.

 

Baca yang lain