Sporting Habis! Penyokong Chelsea Bersorak โ€œWe Are Staying Up!โ€

Penyokong Chelsea dengan santai dan sporting menyanyikan lagu: โ€œKami terus kekalโ€ merujuk kepada kejayaan pasukan mereka kekal di EPL.

Siapa sangka Chelsea akan menyorak lagu itu musim ini selepas membeli ramai sekali bintang.

Kemenangan ke atas Bournemouth, secara rasminya mengesahkan status Chelsea kekal di EPL untuk musim hadapan.

Penyokong penyokong Chelsea melaungkan chant itu di Stadium Vitality dengan santai dan ceria sekali.

Sudah tentunya ianya berbaur parodi. Namun sekurang kurangnya peminat Chelsea meraikan sesuatu selepas banyak kali tertekan dalam beberapa bulan ini.

Chelsea menang 3-1 ke atas Bournemouth.

Dan peminat mereka tidak mahu melepaskan menyertai pesta kekal di EPL di media sosial.

Mereka memuat naik video dan gambar meme.

Kemenangan Chelsea itu menamatkan rekod enam kekalahan berturut turut di bawah interim Frank Lampard.

Chelsea masih mencari pengurus baharu untuk mengisi jawatan tetap di Stamford Bridge.

Frank Lampard dijamin kekal sehingga akhir musim ini. Bermakna pengurus baharu itu kelak hanya akan memulakan tugasan selepas tamat musim ini, iaitu bermula pada minggu pra musim akan datang.

Chelsea benar benar bergelut dengan prestasi musim ini. 3 pengurus (termasuk interim) dilantik untuk mengemudi pasukan itu.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan