Ramai akan sebut nama Ameng bila berbicara tentang kumpulan Spring.
Sebenarnya sebelum Ameng, Spring sudah ada dua single dan hampir menyiapkan album pertama bersama vokalis asal.
Umarul yang dilihat berjaya dengan kumpulan Iklim juga ada satu sumbangan iaitu menolak kumpulan Spring yang dahulunya Anthem kepada pasaran mainstream.
Dia juga berjaya menggabungkan Spring yang kehilangan Vokalis utama waktu itu dengan seorang rockers dari Besut Terengganu iaitu Wan Aminuddin.
Semua band tahun 90an mesti kena label dengan label Rock Kapak dan Pop Rock, ini tak terkecuali kepada Spring.
Hakikatnya bila kau dengar betul-betul muzik bawaan mereka adalah lebih kepada Folk Rock.
Kalau di U.S sana Folk Rock ini satu genre yang menjadi tunjang kepada festival muzik disana pada era 70an.
Simon & Garfunkel dan semestinya Bapa Folk Antarabangsa iaitu Bob Dylan adalah antara pelopor muzik Folk yang dianggap sebagai muzik rakyat Amerika.
Lagu-lagu Folk Rock ini sangat easy listening dan mudah mendapat tempat di telinga pendengar.
Begitu juga dengan lagu-lagu Spring seperti Sejiwa, Sampai Hati, Bourgenvilla, Kerana Budi Ku Jatuh Hati.
Sangat kuat elemen Folk Rock tapi dalam mode lokal dengan sedikit lenggok Melayu dalam lagu-lagu mereka, bermula dari album pertama berjudul Spring hinggalah ke album Hati Mahu Baik tahun 2001.
Apa yang bagus tentang muzik Folk Rock ini adalah lagu mereka friendly akustik, iaitu dimana lagu mereka boleh dibawa secara akustik dengan merdu dan tidak seperti subgenre rock yang lain.
Lewat 90an lagu² Spring banyak dinyanyikan kutu tembok atau abang² korang selain lagu glam rock, samada untuk mengorat makwe atau nak impress kawan-kawan sebab lagu-lagu Spring seperti Butakah Cinta, Sampai Hati, Sejujur Mana Kata² memang dikompos sebagai lagu yang easy listening dan friendly acustic.
Capai gitar, petik dan mulakan dengan “Sejujur mana kah kata², sewaktu kita bertentang mata…” persembahan akustik spontan dan enjoy.
Dia macam kau baca puisi dengan ada background muzik, puisi sedap muzik mendayu.
Kalau diperhatikan hampir kesemua lagu Spring ini sangat kemas secara recordingnya, sangat clean dan kurang distortion.
Benda ni kita harus berterima kasih kepada gitarisnya iaitu Iskandar dan Empy dibahagian Bass.
Kerana bunyian Folk inilah suara Ameng dilihat sebagai suara yang baik sebagai seorang vokalis.
Di luar studio pun tak banyak beza sound mereka terutamanya lontaran vokal Ameng, segalanya terkawal dan hampir tiada kekucilan.
Kalau bawak lagu-lagu Spring ke festival Folk di U.S sana mungkin Bob Dylan pun menangis mendengar betapa deepnya Folk Rock Melayu.