Liverpool melalui hari yang sukar di Stadium Tottenham. Daripada dikurangkan kepada 10 pemain pada pertengahan babak pertama sehinggalah gol sendiri Matip pada masa kecederaan yang membuatkan mereka kalah.
The Reds bermula baik dalam perlawanan ini. Namun selepas itu mereka bergelut untuk berdepan ancaman Spurs dengan 10 pemain.
Curtis Jones dilayangkan kad merah pada minit ke-26.,
Liverpool kemudian hampir mendahului menerusi gol Luis Diaz. Namun VAR membatalkan gol tersebut kerana ofsaid.
Spurs terus mengambil kesempatan dengan gol pertama oleh Son Heung Min. Richarlison menerima bola mengatasi perangkap ofsaid dan melakukan hantaran leret pantas yang terus disambar pemain antarabangsa Korea Selatan itu.
Liverpool yang cuba bangkit akhirnya mendapat peluang terbaik menerusi Cody Gakpo pada masa kecederaan separuh masa pertama dan turning daripada pemain itu menghasilkan momentum yang kuat untuk rembatan masuk.
Separuh masa kedua, Liverpool dan Spurs bermain secara terbuka. Namun akhirnya nasib malang menimpa Liverpool apabila dikurangkan kepada 9 pemain pada minit ke-69. Selepas Diogo Jota menerima kad kuning kedua.
Dan ketika mereka berkira kira membawa pulang 1 mata. Di mana Joel Matip tertampan bola ke gawang sendiri hanya beberapa saat sebelum tamat masa kecederaan.
Ianya kekalahan pertama Liverpool musim ini. Sementara Spurs terus mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di bawah Ange Postecoglou untuk berada di tangga kedua, 1 mata di belakang Man City.
Ini juga kekalahan pertama Liverpool sejak April dengan rekod 19 perlawanan tanpa kalah dalam liga.
Liverpool have lost their first match since APRIL 1ST.
They were on a 19-game unbeaten run 🤯 pic.twitter.com/64uAs1H3J9
— ESPN FC (@ESPNFC) September 30, 2023