Spurs Dan Villa Berebutkan Piatek

Penyerang sensasi AC Milan Krzysztof Piatek dilaporkan di dalam radar Tottenham Hotspur bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Harry Kane.

Harry Kane terpaksa berehat panjang, sekurang-kurangnya sehingga April 2020 kerana masalah kecederaan di bahagian hamstring.

Tottenham Hotspur sudah menawarkan kontrak kepada Krzysztof Piatek dengan durasi kontrak selama tiga tahun setengah.

Kini tinggal AC Milan untuk memutuskan sama ada mereka mahu menjual kuman tersebut dalam perpindahan kali.

Valuasi semasa Krzysztof Piatek adalah sekitar £30 juta.

Tottenham Hotspur juga dikatakan, menawarkan harga sekitar £27 juta kepada AC Milan untuk mendapatkan penyerang antarabangsa Poland itu.

Krzysztof Piatek dilaporkan mahu mencari angin baru di dalam kariernya, terutama sekali dan penyerang veteran Zlatan Ibrahimovic.

Namun, kalau kita fikirkan balik Zlatan Ibrahimovic adalah penyerang veteran. Jadi memang dia nak bla la tu. Dan pada masa yang sama AC Milan boleh buat duit dengan penjualan beliau.

Tottenham Hotspur tidak keseorangan dalam usaha memburu Krzysztof Piatek. Ini apabila Nico Schira, turut melaporkan Aston Villa juga turut berminat untuk mendapatkan pemain itu.

Gianluca Di Marzio melaporkan Aston Villa sudah menawarkan £25.5 juta / €30 juta untuk pemain tersebut.

Aston Villa sangat terdesak mahu menamatkan kempen mereka agar tidak terjerumus ke zon penyingkiran. Aston Villa musim ini sudah membelanjakan lebih £100 juta untuk pembelian pemain.

Seorang lagi journalis ternama Itali iaitu Fabrizio Romano, menyatakan bahawa buat masa ini tiada perkembangan lagi tentang perpindahan Krzysztof Piatek ke Spurs.

Jadi para penyokong Tottenham Hotspur kenalah bersabar sedikit.

Ke manakah agaknya destinasi Krzysztof Piatek selepas ini? Adakah Beliau benar-benar akan dilepaskan ataupun dijual dalam perpindahan kali ini? Ataupun beliau akan terus kekal di Milan?

Sejak ketiadaan Gennaro Gatusso, prestasi Krzysztof Piatek agak sedikit merosot pada musim ini berbanding dengan permulaan karier beliau di Rossoneri.

Walaubagaimanapun Jose Mourinho masih percaya dengan kualiti pemain tersebut dan yakin akan dapat membangkitkan semula Krzysztof Piatek.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.