Spurs Hantar Notis Peringatan! Desak Real Madrid ‘Friendly’ Dengan Mereka, Wajib Turunkan Bale

Tottenham Hotspur sudah sedia untuk berhadapan dengan Real Madrid dalam perlawanan persahabatan dengan Real Madrid dengan syarat Gareth Bale wajib bermain.

Sebenarnya itu adalah termaktub dalam klausa pembelian Gareth Bale pada 2013. Dan Spurs menagih janji daripada Real Madrid kerana Bale kini memasuki tahun akhir kontraknya.

Pada penggal pertama kontraknya, Real Madrid tidak lagi menunaikan klausa tersebut kepada Spurs. Dan Bale berpotensi bermain untuk tahun terakhir di Real Madrid jika gagal memeterai kontrak baharu.

Buat kali tahun kedua berturut turut, Real Madrid merancang pra musim di Valdebebas. Ini kerana situasi semasa wabak yang mengahalang Real Madrid daripada keluar dengan bebas untuk jelajah pra musim termasuk tiadanya aksi pra musim berprofil tinggi di Amerika ataupun di Asia.

Keputusan Real Madrid itu agak kurang disenangi Spurs. Lalu Spurs menghantar notis peringatan kepada Real MAdrid bahawa mereka masih belum melunaskan klausa khas – di mana Real Madrid berjanji akan bermain aksi persahabatan dengan Spurs di London.

Tottenham mahu mengadakan perlawanan pra musim berkelas dunia dengan Real Madrid sebagai langkah meraikan kepulangan semula penyokong ke dalam stadium baharu Spurs.

Masa depan Gareth Bale di Real Madrid masih samar. Namun dengan kepulangan semula Carlo Ancelotti ke dalam pasukan, ia mungkin akan memberikan sinar yang diharapkan Bale?

Musim lalu, Bale dipinjamkan ke Spurs secara pinjaman. Dan pemain itu dengan terbuka menyatakan dia tidak mahu berpindah secara tetap ke Spurs.

Bale berhapan dengan beberapa siri konflik dengan Zinedine Zidane. Zidane sudah beberapa musim mengarahkan Bale mencari kelab baharu.

Namun pemain itu bertegas dia tetap mahu kekal di Madrid sehingga kontraknya tamat, dan lebih sanggup makan gaji buta.

Kemudian, Bale dilaporkan pernah setuju untuk ke kelab China yang mampu membayar gajinya seperti di Real Madrid.

Namun perpindahan itu dilaporkan dihalang oleh Florentino Perez yang mahu Zidane menyertakan Bale dalam pasukan sekali lagi. Kerana Madrid enggan melepaskan Bale dengan harga rendah.

Bale yang agak bengang ketika itu telah ponteng latihan dan bermain golf. Zidane kecewa dengan Perez dan pada masa yang sama kecewa dengan Bale yang dilaporkan bermain golf ketika dia sedang dalam ‘MC’ atau cuti sakit.