Rundingan antara Real Madrid dan Tottenham Hotspur mengenai perpindahan Gareth Bale dikatakan berada pada fasa tinggal hanya perlu memuktamadkan perjanjian berkenaan gaji pemain.
Gareth Bale semakin hampir dengan peluang untuk kembali semula ke bekas kelabnya, Tottenham Hotspur, pada bursa perpindahan musim panas ini.
Spurs mulai memikirkan untuk membawa pulang Bale ketika mereka dalam proses perbincangan mendapatkan pemain pertahanan, Sergio Reguilon.
Pegawai Spurs sudah dibenarkan bercakap dengan Bale. Dan pemain itu setuju dengan idea tersebut dan dia sudah bercakap dengan Jose Mourinho.
Bale dikatakan sudah memberitahu Mourinho bahawa Spurs sentiasa ada tempat istimewa di dalam hatinya.
Walaubagaimnapaun, Spurs tidak mahu membayar lebih daripada 50 peratus daripada gaji Bale.
Gareth Bale dibayar £500,000 seminggu di Bernabeu.
Real Madrid sebelum ini mencari kelab yang boleh membayar gaji Bale dan mahu melelong pemain itu. Mustahil ada kelab lain mampu membayar Bale sebanyak itu.
Namun pernah ada satu kelab sanggu membayar gaji Bale sebanyak itu, ianya dikatakan datang dari sebuah kelab di China. Masalahnya Real Madrid pula membuat u-turn di saat akhir tidak mahu melepaskan Bale ke sana.
Dan kini, salah satu cara Real Madrid dapat mengeluarkan Bale adalah dengan membayar separuh daripada gajinya.
Berdasarkan cara tersebut, Real dan Spurs masing masing mengeluarkan £250,000 seminggu kepada Bale.
Gareth Bale to Tottenham, here we go! Last details to be sorted about salary [shared with Real Madrid] and Gareth will fly tomorrow to London. He’ll complete medicals and join #THFC – one year loan. Mourinho approved the deal. Reguilon expected for tomorrow too [100% done]. ⚪️
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 17, 2020
Cara yang sama dilakukan oleh Man United ketika mereka mahu mengeluarkan Alexis Sanchez ke kelab lain pada musim lalu.
Alasan dia, lebih baik rugi separuh daripada rugi lebih banyak untuk pemain yang tidak mampu menjadi pemain utama pasukan.
Namun begitu, walaupun gajinya hanya dibayar separuh oleh Spurs, Bale tetap menjadi penerima cek tertinggi dari akaun kelab tersebut.
Spurs membayar £50,000 lebih tinggi untuk Bale berbanding dengan Harry Kane.
Kane merupakan penerima gaji tertinggi di Spurs dengan £200,000 seminggu. Manakala Tanguy Ndombele adalah kedua tertinggi dengan £160,000 seminggu.
Selepas itu diikuti oleh Son Heung-min dengan £140,000 seminggu.
Dua nama akhir yang mendapat £100,000 seminggu ke atas ialah Dele Alli dan kapten Hugo Lloris yang masing masing menerima £100,000 seminggu.
Bale akan terbang ke London pada hari ini – Jumaat – untuk memuktamadkan perjanjian dan merealisasikan kepulangan sensasi ke kelab lamanya.
Gareth Bale will fly to London from Spain on Friday before completing a move to Tottenham from Real Madrid, having completed a medical in Madrid
— Sky Sports News (@SkySportsNews) September 17, 2020