Spurs Juara UEL Tewaskan Man United, Tamatkan Kemarau Trofi 17 Tahun

Tottenham Hotspur menamatkan kemarau trofi 17 tahun mereka apabila pasukan Lily Whites itu menegaskan Setan Merah pada aksi final Europa League yang berlangsung di San Mames.

Kedua dua pasukan cuba menyelamatkan musim masing masing. Ini selepas Spurs dan United berada di kedudukan sangat teruk dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Trofi UEL boleh menjadi tiket kemasukan ke UCL musim hadapan.

Man United beraksi dengan dominan pada separuh masa pertama. Tetapi Spurs yang mendahului menerusi Brennan Johnson.

Brennan Johnson menyambut hantaran silang Sarr yang turut terkena pada Luke Shaw.

Skuad Riben Amorim meningkatkan lagi intensiti mereka pada separuh masa kedua.

Mereka hampir mendapat gol menerusi percubaan Hojlund yang gagal diselamatkan Vicario. Namun Van De Ven melakukan clearance atas garisan gol yang luar biasa.

Kemasukan Garnacho memberikan impak lebih baik di zon serangan. Dia turut melakukan percubaan bahaya yang memaksa Vicario melayangkan badan untuk menafikan rembatan rendah itu.

Son Heung Min dan Solanke bergandingan untuk membentuk serangan balas. Namun Son dibentes dengan bersih oleh Dorgu pada saat akhir.

Pada lewat masa kecederaan, Vicario melakukan penyelamatan berkelas dunia menafikan percubaan United.

Casemiro hampir menyamakan kedudukan menerusi satu lagi percubaan overhead lewat perlawanan.

Tamat perlawanan, Spurs 1 Man United 0.

Ange Postecoglou mengotakan janjinya untuk memberikan piala kepada Spurs pada musim keduanya.

Kekalahan ini meletakkan Man United dalam kedudukan paling buruk pada musim ini. Kerana mereka gagal ke UCL serta menamatkan liga di kedudukan kelompok bawahan.