Tottenham Hotspur membuat kejutan apabila mereka menyenaraikan Romelu Lukaku sebagai sasaran terbaru mereka untuk menggantikan tempat Harry Kane.
Kan menyertai Bayern Munich dengan perpindahan lebih £100 juta.
Kini Spurs mencari pengganti pemain itu dan mahukan penyerang Belgium, Romelu Lukaku.
Lukaku tidak terlibat dalam tugasan atau latihan dengan pasukan utama pada minggu lalu.
Dia berlatih berasingan atas arahan Pochettino yang tidak mahu sikap toksik pemain itu akan mempengaruhi keharmornian pasukannya. Lukaku malah tidak diberikan nombor skuad oleh Chelsea,
Walaupun Chelsea kehilangan Nkunku yang cedera, mereka masih tidak berubah pendirian bahawa Lukaku tiada dalam perancangan pasukan.
Chelsea tidak dapat menjual Lukaku ke Inter Milan mahupun Juventus kerana drama dicetuskan sendiri pemain itu.
Juventus cuba mendapatkan perjanjian pertukaran pemain dan duit melibatkan Dusan Vlahovic dan Lukaku. Namun Chelsea enggan membayar tambahan sekitar £60 juta diminta Juve.
Inter pula sudah menamatkan rundingan sebaik sahaja mengetahui Lukaku berunding dengan Juventus ketika kelab cuba mencari dana untuk membelinya secara tetap.
Kini Chelsea sedia menjual pemain itu kepada mana mana kelab yang mahu membayar £40 juta untuk mendapatkannya.
Spurs dijangka akan memulakan rundingan dalam beberapa hari lagi untuk mendapatkan Lukaku.
Spurs sudah menghubungi ejen Lukaku yang sudah diberikan kebebasan untuk berunding dengan mana mana kelab tanpa perlu mendapatkan kebenaran dari Chelsea.
Kerana Chelsea hanya akan terlibat dalam rundingan dalam harga sahaja.
Lukaku bukan nama asing dalam EPL. Selain Chelsea dia pernah bermain untuk Man United, West Brom dan Everton.