Pada Januari 2019, Di England heboh dengan insiden spygate oleh Marcelo Bielsa dan pasukan kejurulatihan mereka. Media Inggeris langsung tak beri peluang kepada Bielsa, menghentam beliau dari segenap segi.
Bagaimana segalanya bermula?
Spy-gate merujuk kepada mata-mata yang diarahkan untuk memantau dan mengintip latihan pasukan lawan. Pegawai pasukan Derby County dilaporkan memanggil polis untuk menangkap seorang saspek yang berkelakuan mencurigakan di pusat latihan mereka.
Derby County juga menyatakan mereka sedang bercakap dengan Leeds tentang perkara itu. Bielsa memberitahu sudah menggunakan kaedah itu sekian lama. Dan ianya tidak bertentangan dengan mana-mana peraturan.
Marcelo Bielsa juga menyatakan, jika ia satu kesalahan, orang yang patut dihukum adalah beliau. Ini kerana pengintip tersebut dihantar atas arahan beliau.
Bielsa berpandangan, jika sesebuah pasukan itu melakukan latihan terbuka, bermakna anda tiada masalah dengan orang memerhatikan latihan anda.
Bercakap kepada wartawan, Bielsa berkata: “Ya betul, ada orang dari Leeds yang kami hantar. Namun yang bertanggungjawab untuk semua ini adalah saya.”
“Isu sekarang, tidak penting sama ada benda ini tidak menyalahi undang-undang ataupun tidak, betul atau salah. Ini kerana, ianya sudah disimpulkan ketika Frank Lampard [pengurus Derby] dan Derby County menuduh saya tidak ada semangat kesukanan.”
“Semalam Lampard dan saya bercakap pasal perkara ini, dan beliau memberitahu bahawa saya tidak menghormati prinsip fair play. Saya berpandangan sebaliknya. Namun buat masa ini, paling penting saya menghormati pendirian Lampard dan Derby County.”
“Saya akan bertanggungjawab untuk perkara ini. Saya tidak memaklumkan kepada Leeds untuk untuk perkara ini kerana saya rasa tak perlukan justifikasi Leeds untuk melakukannya – sebab saya sudah mempraktikkannya sejak dahulu lagi ketika kelayakan Piala Dunia dengan Argentina.”
“Perkara ini bukannya melanggar undang-undang. Kami melakukannya dan bercakap tentangnya kepada media secara terbuka. Ada sesetengah orang merasakan ianya salah, dan ada yang merasakan sebaliknya.”
Frank Lampard pula memberikan respon pedas ke atas penjelasan Bielsa. Lampard menganggap ianya tidak bagus dari segi semangat kesukanan.
Lampard berkata: “Saya tidak kisah walaupun ada orang kata ianya sudah menjadi budaya di tempat lain, saya tidak menerima alasan itu. Kerana saya tak percaya perkara seperti ini elok untuk tahap sebegini.”
Lampard menyatakan ianya sedikit mengganggu persiapan mereka. Dan beliau menyatakan dirinya bukan mencari alasan.
“Saya akan konsisten menyatakan perkara yang sama selepas perlawanan, sama ada kami menang, kalah ataupun seri.”
"I don't care if it is cultural. I am not buying it." 😡
Frank Lampard responds to Marcelo Bielsa admitting to sending a spy to Derby training.
📺 Watch live on Sky Sports Football: https://t.co/dLI22fdxp1 pic.twitter.com/qsdQ5tQ9C1
— Sky Sports Football (@SkyFootball) January 11, 2019
Sidang media tergempar sarat dengan pembentangan analisis taktikal
Pada 16 Januari 2019, Marcelo Bielsa membuat sidang media tergempar. Ramai wartawan menjangkakan ianya mungkin untuk mengumumkan perletakan jawatan. Tidak! Sebaliknya media disajikan dengan penjelasan dan pembentangan analisis oleh Marcelo Bielsa.
Pengurus Leeds United itu membentangkan penjelasan beliau dengan dibantu oleh power point dan juga microsoft excell. Siapa kata seorang penganalisis perlukan teknologi terlalu canggoh? Yang penting hasil kajian itu menemui objektif. Klasik bukan?
Marcelo Bielsa membuat pengakuan yang mereka telah mengintip kesemua lawan mereka musim ini, dan bukan hanya Derby County. Bielsa menejelaskan beliau dan pasukan kejurulatihan beliau melakukan perkara itu kerana terlalu komited dengan tugasan dan amanah diberikan kelab ke atas mereka.
All the best bits from Marcelo Bielsa's iconic powerpoint presentation press conference – https://t.co/ecMN0Yt4Io pic.twitter.com/yPYcqW88bC
— Squawka News (@SquawkaNews) January 16, 2019
Setiap satu analisis lawan mengambil masa purata sebanyak 200 jam untuk disiapkan. Mereka akan cuba mengumpul data sama ada data saintifik, sistematik dan data mentah/kasar seberapa banyak yang mungkin. Bielsa berkata: “Saya memerhatikan kesemua seteru saya dan menyaksikan kesemua sesi latihan mereka sebelum perlawanan.”
“Saya percaya apa yang saya lakukan tidak menyalahi undang-undang. Kita boleh bicangkannya, dan ianya tidak kelihatan cukup bagus tetapi ianya tidak mecabuli mana-mana peraturan.”
“Saya tidak ada niat buruk ataupun cuba bersikap tidak adil dalam erti kesukanan. Saya melakukannya kerana ianya tak salah dan tak melanggar undang-undang tertentu. Sebab itu saya tak tahu kenapa perkara ini menjadi isu?”
“Ianya sebahagian daripada rasa tidak tenang saya – di mana saya akan rasa bersalah jika tidak bekerja keras ke atas majikan saya [selepas dibayar gaji]. Menyaksikan lawan kami berlatih akan meredakan rasa tak tenang itu – dan dalam kes saya, ianya memang agak bodoh kerana membenarkan sikap seperti ini mengalir dalam diri.”
Fail to prepare…
When Marcelo Bielsa called an unexpected press conference to discuss 'Spygate', nobody was expecting an hour-long presentation on data analysis.
His staff watched all 51 of Derby's games last season, with each match taking four hours to analyse. pic.twitter.com/49NCDZyctq
— BBC Sport (@BBCSport) January 17, 2019
Bielsa juga menyatakan pembentangan beliau akan membantu English Football League (EFL) dan Football Association yang dilaporkan mahu menjalankan siasatan ke atas Leeds United. Bagi Bielsa selepas ini, EFL dan FA tak perlu susah payah nak mencari butiran dan menemuramah beliau kerana segalanya sudah dibentangkan kepada ‘dunia’.
Bielsa mengakui beliau sedikit tidak cakna dengan tradisi di dalam bola sepak Inggeris. Bielsa berkata: “Saya harus beradaptasi dengan peraturan dan juga perkara berkatian dengan budaya dalam bola sepak Inggeris. Ini termasuk semua pengurus yang mahu bekerja dalam bola sepak di British. Kita ada konklusi tertentu.”
“Kita ada beberapa analisis yang menjadikan Liga Kejuaraan ini sebagai liga ke-6 terbesar di dunia.”
“Kita harus menghormati prosedur, saya bukannya cuba mempertahankan perbuatan saya. Kita tak mampu menjelaskannya – seperti mana dikatakan Frank Lampard. Beliau enggan menerima penjelasan saya.”
“Saya cuma mahu menjelaskan bagaimana otak seseorang ketua jurulatih bekerja. Jika kamu melihat lawan kamu, kamu cuba mencari informasi sedalam mungkin. Kamu mahu tahu siapakah pemain kesebelasan utama mereka, apa susuna strategik dan juga ketika bola mati. 3 perkara ini adalah kunci kepada ketua jurulatih dalam analisis.”
“Apabila kamu sudah melihat sesi latihan daripada lawan kamu, kamu akan mendapat informasi seperti ini. Jelas sekali, ianya bukan informasi yang kamu gunakan untuk meneutralkan lawan kamu ketika perlawanan.”
“Semua informasi yang saya perlukan adalah untuk terjemahkan ke dalam perlawanan. Saya mendapatkannya daripada sesi latihan lawan. Jadi kenapa saya lakukan? Ianya kerana saya rasa ia tidak melanggar peraturan. Saya membuat rumusan, saya mendapat informasi untuk membolehkan saya melakukan perkara lain.”
Bielsa: Kami ‘intip’ semua lawan
Bielsa kemudian membentangkan hasil intipan mereka ke atas Derby County. Menariknya, bukan sahaja mengintip sesi latihan sebelum perlawanan, tetapi staf beliau menyaksikan kesemua rakaman penuh 51 perlawanan pasukan tersebut.
Mereka berbincang berjam-jam untuk mengeluarkan 1 analisis tentang Derby County.
“Kenapa kami sanggup buat perkara seperti ini? Kerana kami rasakan inilah dinamakan profesional dalam bola sepak. Ianya adalah satu sikap kami tak mahu ambil mudah dalam pertandingan yang kami sertai.”
Bielsa kemudian membentangkan apa yang ada di dalam pemacu memori beliau, ini termasuk data setiap pemain dalam Liga Kejuaraan – terutama sekali minit perlawanan dan jumlah posisi yang dimainkan.
Beliau juga berkongsi pengalaman ketika di Sepanyol: “Ketika perlawanan antara Athletic Bilbao menentang Barcelona – dalam final [Copa Del Rey]. Ianya informasi yang tak berguna sebab akhirnya kami kalah 3-0 dalam perlawanan itu.”
“Dan mereka [Barcelona] sangat baik hati dengan kami, selepas 3 gol mereka tidak mahu bermain lagi.”
“Selepas tamat perlawanan saya datang kepada Guardiola dan memberitahu beliau tentang informasi daripada analisis ini [sambil menunjukkan fail]. Guadiola membelek-beleknya dan beliau berkata: ‘Kamu lebih kenal Barcelona lebih banyak daripada saya’.”
‘You know more about @FCBarcelona than me!’ 🤓👀@LUFC boss Marcelo Bielsa’s brilliant Pep Guardiola story during remarkable spy-gate presentation defence. 📈💻 pic.twitter.com/oZS3zgSZTX
— Hayters TV (@HaytersTV) January 17, 2019
Pada hari Marcelo Bielsa mendapat tahu Nathan Jones meninggalkan Luton untuk menyertai Stoke City, Marcelo Bielsa mengarahkan para penganalisis beliau untuk menganalisis 26 perlawanan Luton Town. Ini untuk ‘berkenalan’ dengan pengurus itu secara data dan saintifik.
Berkenaan dengan isu spy-gate yang dikaporkan telah dikantoikan oleh staf Frank Lampard, Bielsa berkata: “EFL kini sedang mengenalpasti sama ada itu adalah tindakan tidak betul dengan mengambl kira masalah ini dari konteks beberapa regulasi khas dalam EFL.”
🎥 WATCH: Leeds United head coach Marcelo Bielsa on his approach to tactics & analysis in the wake of Spy Gate.
Hard to do this justice in two minutes (he spoke for well over an hour) but here’s a snippet…. #lufc pic.twitter.com/hnluD564Vh
— BBC West Yorkshire Sport (@BBCWYS) January 16, 2019
“FA juga mengesahkan mereka sedang mempertimbangkan isu yang sama selari dengan peraturan khas mereka sendiri.”
“Kelakukan saya telah diperdebat dan ramai orang menyuarakan pandanga. Ramai yang mengutuk. Mereka berkata itu adalah tidak bermoral dan menipu. Saya dengan terbuka menyatakan ianya bukan kelakuan tidak menghormati Derby County dari segi prinsip dan intergriti.”
“Oleh sebab itu, hasrat saya [dengan pembentangan ini] – untuk memudahkan siasatan. Dengan melakukan perkara ini saya rasa mudah untuk badan berkuasa mengambil tindakan [jika ia satu kesalahan].”
Walaupun media Inggeris dikenali dengan layanan berat sebelah ke atas pemain atau pengurus luar, namun kali ini berbeza. Banyak media di UK dan juga para pundit menyokong Bielsa.
Ramai kagum dengan Bielsa yang hanya menggunakan microsoft excel menyimpan data analisisnya tanpa menggunakan perisian beribu dollar.
Marcelo Bielsa had already endeared himself to Leeds supporters. With the help of some PowerPoint slides and a dose of defiance, he took it up another notch after admitting to having spied on opponents (by @jonawils) https://t.co/E60IchOh2R pic.twitter.com/cHmQFD0pBm
— Planet Fútbol (@si_soccer) January 16, 2019
Ramai yang kagum dengan penjelasan Bielsa. Mereka juga tidak sangka ada jurulatih yang sanggup bekerja sebegitu keras untuk liga yang sekadar liga divisyen 2 di England itu.
Wartawan pula terkesima
Adam Pope daripada BBC Radio 5 menyatakan mereka [wartawan] baru sahaja menonton pembentangan seorang genius. Sedangkan sebelum ini mereka hanya mendengar pengurus seperti Mauricio Pochettino dan Pep Guardiola menggelar Bielsa sebagai ‘Godfather’ untuk bola sepak moden.
Guardiola juga pernah mengiktiraf dirinya sebagai peminat Leeds musim ini kerana adanya Bielsa. Guardiola gembira untuk menyaksikan taktikal Bielsa untuk dijadikan pembelajaran. Pep menambah:
“Bielsa adalah manusia yang sangat menghormati rakannya. Beliau menghormati taktikal pengurus lain walaupun apa jua cara mereka bermain. Dan beliau tahu segalanya tentang bola sepak.”
Seeing as we're at peak Bielsa, here's Guardiola's ode to him from last week, before spygate really kicked off.
"I love him."
"I feel like his success is my success."
"I'm supporting Leeds now, I hope they get promoted." pic.twitter.com/vZ8HAcbR3v
— Sam Lee (@SamLee) January 16, 2019
Menurut Adam Pope lagi, mereka kagum dengan bagaimana ‘otak’ manusia seperti Bielsa bekerja dengan dibantu oleh analisis beliau.
Dalam pembentangan beliau di Coverciano pada 2015, Bielsa menjelaskan dalam data dia ada lebih 50,000 analisis perlawanan daripada 28 modul yang berbeza. Jelas sekali Marcelo Bielsa patut menjadi duta rasmi Football Manager selepas ini.
"It was absolutely incredible… everybody was quite amazed by what he was telling us."@LUFC head coach Marcelo Bielsa goes into detail explaining how his team analysed @dcfcofficial ahead of their game in the Championship: https://t.co/DNv5jtL9RT pic.twitter.com/QCJZKobUG8
— Sky Sports (@SkySports) January 16, 2019
Ini pula footage video di mana Marcelo Bielsa mengajak Zidane bertukar-tukar pandangan tentang sesi latihan. Beliau menjelaskan pasukannya ada masalah dengan ruang yang kerap dikecilkan oleh pasukan lawan di zon serangan. Ini membuatkan mereka hanya bermain di kawasan lawan tetapi gagal menjaringkan gol.
“Kamu ada kelapangan? Jika kamu ada masa, selepas latihan, saya boleh jelaskan sedikit tentang butiran latihan.”
Zidane dan pegawai beliau menyatakan mereka berbesar hati untuk mendengarnya. Bielsa menyatakan ada sesetengah jurulatih tidak boleh berbuat demikian – membincangkan isu taktikal dengan jurulatih lain.
'I’ve been sat in the presence of an absolute genius' 🤓
Marcelo Bielsa wowed @apopey at the press conference of the year 👏
📲⚽ 📻⚽https://t.co/FOnfUhQpJW #LUFC pic.twitter.com/DbnnAtalzg
— BBC 5 Live Sport (@5liveSport) January 16, 2019
Dalam aksi pertama EPL Leeds musim ini berdepan Liverpool, Jurgen Klopp menyatakan, Bielsa mungkin menyimpan informasi para pemainnya lebih banyak daripada beliau sendiri.
Klopp mencerminkan betapa tingginya dedikasi Bielsa kepada tugasannya dalam dunia taktikal.
Ketika Klopp menerima anugerah Jurulatih terbaik FIFA Best, Klopp berkata:
“Saya sudah mengatakan beberapa kali bahawa saya bukan orang yang paling percaya dalam anugerah individu seperti jurulatih tetapi sementara itu saya belajar bahawa kita hanya mengambilnya untuk kita semua”
“Kita jelas tidak dapat mengubah dunia – satu wajah mendapat hadiah tetapi ini adalah untuk kita semua dan saya sangat bangga dengan itu.”
“Ya, dengan Hansi saya mempunyai hubungan persahabatan yang sudah sangat lama, kami saling kenal antara satu sama lain sekian lama.”
“Semasa saya menjadi pengurus di Mainz, dia adalah pengurus di Hoffenheim dan Hoffenheim tidak berada di Bundesliga.”
“Oleh itu, kami mempunyai sejarah bersama, jika anda mahu. Saya benar-benar berfikir setelah memenangi treble – Piala Jerman, liga Jerman dan Liga Juara-Juara Eropah- saya fikir dia akan memenanginya, jujur. ”
'I'm really proud of the club' 🤗
Shocked at the result, delighted for his staff and wishing the club’s current good moment to continue for as long as possible ✊
Enjoy Jürgen Klopp's interview moments after winning #TheBest FIFA Men’s Coach 2020 award 👇
— Liverpool FC (@LFC) December 17, 2020
“Dia melakukan pekerjaan yang luar biasa. Kami saling berbalas SMS selepas itu. Dan Marcelo Bielsa, mungkin merupakan tenaga kerja yang kita semua impikan.”
“Anda mungkin tidak boleh bekerja sebanyak yang dia lakukan. Kami semua duduk di sana dengan ‘suit’ dan Thiago menyatakan bahawa Marcelo sedang memakai baju olahraga Leeds, jadi mungkin beliau sedang duduk di pejabatnya dan menyiapkan perancangan untuk perlawanan seterusnya.”
“Pengurus yang berpengaruh selama ini, anda tidak akan pernah cukup kata kata untuk memuji perkara yang dia lakukan untuk bola sepak. Oleh itu, tentu saja, adalah suatu kehormatan untuk disebut sebaris dengan orang-orang ini – untuk memenanginya, apatah lagi memenanginya.”
England akhirnya semakin menerimanya
Undian oleh Sky Sports mendapati ramai merasakan tindakan Bielsa itu bukan satu kesalahan. Ramai penyokong di England merasakan FA dan EFL membuat kesilapan besar jika mengambil tindakan ke atas Bielsa. Ini kerana Liga Kejuaraan seperti itu bertuah untuk mendapat jurulatih berkualiti seperti itu.
POLL: Was Bielsa wrong to spy on opposition players? 🕵️♀️👀
— Sky Sports News (@SkySportsNews) January 17, 2019
Namun Frank Lampard tetap enggan menerima penjelasan itu dan menyindir serta mengajuk Marcelo Bielsa dalam sidang media beliau.
⚽️ Frank Lampard couldn't resist a joke about Leeds head coach Marcelo Bielsa's press conference following Derby's FA Cup victory at Southampton.
More here: https://t.co/6asHnf1XE4 pic.twitter.com/MkjCqAtneo
— Sky Sports News (@SkySportsNews) January 17, 2019
Lampard juga menyatakan beliau tidak pernah pula nampak Guardiola dan Klopp melakukan perkara seperti itu – menghantar ‘spy’ ke latihan pasukan lawan.
Bielsa style? Guardiola, Klopp and Pochettino don't do that
Lampard not happy about the Leeds boss' presentationhttps://t.co/Cphi9WaIs9
— AS English (@English_AS) January 17, 2019
Bielsa dan Leeds menerima anugerah fairplay pada 2019 selepas membiarkan Aston Villa menjaringkan gol ke gawang mereka atas arahan Bielsa.
Ini kerana Villa mendakwa Leeds mengambil kesempatan ke atas mereka ketika pemain mereka terbaring cedera di atas padang.
Leeds membiarkan Villa menyamakan kedudukan dan terlepas slot promosi automatik ke EPL.
Lampard menyindir Bielsa kerana menurutnya pasukan Leeds adalah pasukan yang menipu dalam insiden spygate. Dan beliau menegaskan hanya tersenyum mendengar Leeds diberikan anugerah Fairplay itu.
Rumusan
Adakah ianya satu skandal ataupun satu manifestasi kepada dedikasi seorang jurulatih yang dipertanggungjawabkan untuk melatih dan merangkan strategi? Bielsa menyatakan beliau melakukan perkara ini sudah lama dan sejak dari dulu lagi.
Beliau menghantar orang untuk mengintip ke tempat latihan terbuka yang merupakan ‘public access’. Adakah orang Inggeris terlalu sensitif dengan isu sebegini? Bagaimana pula dengan Guardiola yang tersenyum dengan kertas analisis hasil intipan Bielsa?
Bagi kami, Bielsa terlalu cintakan apa yang beliau lakukan. Dan beliau mengakui akan rasa bersalah jika tidak bekerja keras. Namun beliau juga mengakui terpaksa akur jika budaya di England tidak membenarkan perkara seumpama itu. Adakah Bielsa juga bakal dikenakan tindakan? Dan akhirnya melepaskan jawatan di Leeds?
Semua kita tahu Bielsa adalah orang yang sangat tegas dengan prinsipnya. Pada hari ini bermacam cara dilakukan pengurus untuk mengintip lawan mereka. Cuma cara Bielsa ini terlalu terbuka. Ini kerana beliau menyatakan beliau melakukannya secara terbuka kerana menganggap ia bukan satu kesalahan.
Oleh sebab itu beliau sentiasa terbuka membincangkannya. Cuma beliau terkejut apabila mereka dituduh seperti ejen perisikan yang mengintip sesebuah negara.
Tan Cheng Hoe sendiri pernah menghantar pembantu beliau, coach Balachandran untuk melakukan tugas spy. Di Vietnam, jurulaith Park Hang Seo dibantu oleh ‘Head’ pasukan Vietnam, Duong Vu Lam dan Pengarah Teknikal Pasukan, Jurgen.