Stadium Shah Alam Bakal Diroboh, Ganti Dengan Stadium Lebih Kecil?

Menteri Besar Selangorm Datuk SeriN Amirudin Shari mengesahkan bahawa Stadium Shah Alam termasuk Stadium Melawati akan dibangunkan semula.

Keputusan tentang pembangunan semula itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Langkah itu diambil hasil daripad penilaian satu jawatankuasa khas yang dilantik oleh kerajaan Negeri Selangor.

“Keputusan pembangunan semula Stadium Shah Alam (di Seksyen 13), di sini akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Pembangunan keseluruhan Kompleks Sukan Stadium Shah Alam termasuk Stadium Melawati itu akan dilaksanakan berdasarkan hasil penilaian jawatankuasa khas,” ciapnya di laman Twitternya pada Rabu.

Terdapat laporan menyatakan bahawa Stadium Shah Alam yang merupakan markas The Red Giants akan dirobohkan dan digantikan dengan stadium baharu yang berkapasiti lebih kecil.

Ianya mengambil kira sesuai keperluan serta projek prasarana lain di sekitar kompleks tersebut termasuk pembinaan LRT yang sedang dibangunkan di kawasan tersebut.

Stadium baharu didakwa berkapasiti 30,000 hingga 40,000 penonton yang dianggap lebih mudah untuk diselenggara berbanding kapasiti yang ada pada hari ini iaitu 80,300.

Amirudin berkata: “Jika keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri adalah untuk menaik taraf.Sememangnya projek boleh dijalankan dari awal tahun lagi ataupun pada akhir tahun lepas [2021].”

“Namun begitu, jawatankuasa khas telah menilai semula daripada cadangan [termasuk] pembaikan, naik taraf, pembangunan semula, buat baru dan lain lain lain.”

“Dan kita telah mempunyai keputusan yang memerlukan tindakan yang lebih besar, dan melihat keseluruhan kompleks stadium Shah Alam itu dapat dibangunkan.”

Amirudin menambah, dana untuk membangunkan semula kompleks Stadium Shah Alam adalah bukan dibiayai sepenuhnya kerajaan, sebaliknya ianya melibatkan kerjasama antara kerajaan dengan swasta.

Beliau menambah, di mana jika kerajaan mahu untuk baik pulih sahaja, kerja kerja itu sudah dilakukan pada awal tahun ini. Tetapi ternyata, mereka ada perancangan lebih besar.

MB Selangor itu menambah: “Jadi, kalau kita ambil keputusan untuk baik pulih saja, itu tahun lepas kita dah boleh mulakan.”

“Tetapi kita dah ambil keputusan lain, bukan sahaja untuk membaik pulih, tetapi pembangunan secara menyeluruh. Sebab itu kita memerlukan sedikit masa untuk meneliti.”

“Dan kita ammbil masa hampir 7 – 8 bulan. Dan pembentangan sudah kita terima sebelum Hari Raya lagi.”