AFA kini menjadi subjek kecaman di Argentina. Kerana dilaporkan masih gagal membayar gaji staf kejurulatihan pasukan Argentina sejak Piala Dunia 2o22 lagi.
Kali terakhir mereka menerima bayaran adalah ketika Piala Dunia 2022 yang lalu. Dan selepas itu semua gaji dan bonus yang dijanjikan AFA kepada jurulatih Argentina semuanya tidak dibayar.
Ini bermakna gaji terakhir mereka adalah pada Disember 2022 yang lalu. Sepanjang 2023 ini, mereka masih belum menerima gaji.
Terdapat persoalan di mana wang itu? Adakah ianya diseleweng? Atau memang AFA tengah pokai?
AFA antara persatuan yang menrima banyak wang daripada perlawanan persahabatan antarabangsa. Laporan ESPN sebelum ini menyebut untuk mengadakan aksi persahabatan dengan Argentina mereka meminta USD5 juta atau sekitar RM23+ juta.
PSSI Indonesia antara yang sanggup membayar angka itu kepada AFA sebelum ini.
Baru baru ini Lionel Scaloni memberikan isyarat yang kurang menyenangkan peminat Argentina apabila dia menyatakan Argentina yang ada memerlukan jurulatih yang lebih bertenaga.
Adakah Scaloni sudah muak dengan AFA melihat staf di bawah kendaliannya semua tak dapat gaji lagi?
Berbeza dengan pemain yang hanya dibayar elaun untuk mewakili skuad kebangsaan, dan ada sumber pendapatan tetap di kelab masing masing, staf kejurulatihan bergantung sepenuhnya kepada gaji mereka dengan AFA.
Peminat mengecam AFA kerana Scaloni dan staf kejurulatihannya berhak dilayan dengan lebih baik.
Dan peminat juga faham kenapa Scaloni sedih dan kecewa dengan layanan AFA kepada mereka.
What?!!!
I guess I understand why Scaloni is probably upset
This is unacceptable— max (@maxidynamite) November 22, 2023
Selain itu staf kejurulatihan Argentina merungut kerana tidak dilayan sebaiknya sebagai juara dunia. Mereka merasakan diri mereka tidak dihargai langsung oleh AFA.
Mereka sudah bekerja keras memastikan Argentina menjadi juara Amerika Selatan 2021 dan kemudian menjadi juara dunia 2022. Menamatkan penantian mereka sejak 1986.
Sumber yang dekat dengan pasukan Argentina, Gaston Edul menegaskan bahawa Scaloni tidak akan meletakkan jawatannya. Kerana dia mahu memastikan kebajikan staf kejurulatihannya selayaknya mereka dapat seperti dijanjikan.
Beliau akan berjumpa dengan presiden AFA untuk berbincang tentang perkara itu dan mahu ianya diselesaikan segera. Memandangkan musim Natal semakin tiba, staf kejurulatihan pastinya sudah merancang mahu bercuti bersama keluarga mereka.