Polis di Mallorca telah melancarkan siasatan selepas salah satu kereta termahal Cristiano Ronaldo terlibat dalam kemalangan di pulau itu.
Bugatti Veyron bernilai £1.7 juta yang bersamaan sekitar RM9.17 juta milik Ronaldo, salah satu daripada dua kereta yang dibawa oleh bintang Manchester United itu ke Mallorca untuk percutian musim panasnya bersama keluarga.
Dan kereta kesayangan Ronaldo itu dilaporkan terbabas melanggar dinding di kawasan kediaman Sa Coma di Bunyola pada Isnin.
Menurut laporan, bukan Ronaldo yang memandu ketika itu, tetapi pengawal keselamatannya.
Pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan ketika kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi Isnin.
Polis di pulau Sepanyol itu telah melancarkan siasatan tetapi masih belum mengeluarkan kenyataan awam.
🚨 An employee of Cristiano Ronaldo has accidentally crashed his Bugatti, worth €2 million, into a wall. 🏎️
The Portuguese was not in the car at the time of the crash and luckily no-one was injured.
📸 @UltimaHoracom pic.twitter.com/ia43gGdxLT
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) June 20, 2022
Sumber tersebut menyebut: “Kemalangan itu berlaku di jalan kecil berhampiran Hospital Joan March.”
“Kereta itu kelihatan terkeluar dari jalan dan melanggar dinding yang menjadi sebahagian daripada perlindungan kepada sebuah rumah dengan simpanan tong gas di belakangnya.”
“Seorang pekerja Cristiano nampaknya memandu pada masa itu dan bukan Cristiano. Dia pastinya tiada di tempat kejadian ketika pegawai tiba.”
Satu lagi sumber menambah: “Kereta itu merempuh tembok penghadang, tetapi hanya terdapat kerosakan material tanpa sesiapa yang cedera dan pemandu bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.
“Maklumat mengenai siapa yang berada di berada di pemanduan dan apa yang berlaku didaftarkan pada pangkalan data polis dan ada untuk mahkamah atau pegawai mengakses jika sebarang siasatan lanjut perlu dijalankan.”
“Tetapi ia lebih kepada kes maklumat yang perlu didaftarkan supaya pemilik harta yang rosak boleh membuat tuntutan pampasan dan menggunakan laporan polis sebagai langkah persediaan sekiranya terdapat sebarang pertikaian tentang bagaimana kerosakan telah berlaku.”
Ronaldo, 37, terbang ke Mallorca pada 14 Jun bersama lima anaknya dan isterinya Georgina Rodriguez.
Mujur Ronaldo membawa 2 buah keretanya untuk percutian kali ini. Kalau tak, dia terpaksa naik teksi atau menyewa kereta satu keluarga besar.
Cristiano Ronaldo's Bugatti Veyron crashed into a wall in Majorca
The driver – who is reportedly not Ronaldo but one of his bodyguards – lost control,skidded into a wall in the residential estate
The supercar was taken away in a blue tarpaulin as police launch investigation pic.twitter.com/gP3msuwVjP
— Lilian Chan (@bestgug) June 20, 2022