Staf Manchester United dilaporkan bengang dengan kehadiran YouTuber IShowSpeed pada majlis keraian para pemain selepas kejayaan menjulang Piala FA.
IShowSpeed atau Speed dijemput oleh Alejandro Garnacho pada acara yang dilangsungkan di Marriott Hotel di Mayfair.
Tindakan kelab membenarkan Speed berada di dalam majlis itu mengundang rasa terkilan dan tak puas hati ramai staf yang tidak dijemput untuk ke acara tersebut.
Sebenarnya, Man United sebelum itu mengumumkan bahawa mereka tidak akan menganjurkan acara keraian piala di tempat mewah bersama staf dan pemain sebagai langkah untuk berjimat.
Namun kelab telah mengadakan majlis kecil kecilan yang tertutup ditaja oleh INEOS.
Speed turut menimbulkan rasa tak puas hati segelintir pemegang tiket bermusim yang mempersoalkan bagaimana dia boleh mendapat tempat duduk eksklusif yang dikhaskan kepada penyokong pas bermusim atau perlu menghadiri sekurang kurangnya 5 aksi pertandingan piala.
🔴📰 | Some #mufc staff members were angered, frustrated, and aggrieved by IShowSpeed's appearance at the #EmiratesFACup final after-party after they were not invited.
He was a guest of Alejandro Garnacho. [@MailSport] pic.twitter.com/V70elD696f
— UtdDistrict (@UtdDistrict) May 29, 2024
Di United, ramai staf yang kurang senang dengan INEOS. Di mana kelab itu telah meminta staf yang tidak terlibat dalam bola sepak untuk sukarela meletak jawatan dalam masa terdekat.
Kemudian semua staf dilarang bekerja dari rumah sebagai polisi baharu kelab itu.
Speed yang merupakan YouTuber dari Amerika Syarikat memiliki 20 juta pengikut di media sosial. Dia dilihat bertikam lidah dengan penyokong United yang lain ketika berada di dalam stadium.
Staf Man United tidak berpuas hati dengan INEOS yang membatalkan acara tradisi kelab itu selepas final sesuatu pertandingan piala.
Selain itu staf juga biasa diberikan tiket percuma, elaun perjalanan dan makanan. Semua itu telah dihapuskan oleh INEOS sebagai langkah penjimatan. Ini termasuk parti keraian bersama staf.
Staf mereka hanya ditawarkan tiket bas bernilai £20 bagi yang ada tiket, dan tiada makanan disediakan jika mereka mahu menyaksikan final tersebut.
Speed pula dilihat bersenang lenang meraikan malam itu bersama peminat peminat Man United. Sedangkan sebelum ini dia pernah mengkritik kelab itu dengan teruk kerana dia adalah peminat tegar Cristiano Ronaldo.
Walaupun ramai yang faham kenapa staf terasa hati dengan layanan kelab. Namun peminat yang lain turut menyatakan bahawa Speed hadir di sana atas jemputan Garnacho bukannya daripada kelab itu.
Selain itu, mereka mengingatkan agar staf tersebut janganlah dengki sangat dengan ‘rezeki’ orang lain.
Netizen menulis: “Kalau tak dijemput tu janganlah terasa hati dan sakit hati dengan orang lain yang dijemput.”
Seterusnya ada yang menyatakan: “Garnacho yang memberikan kejuaraan piala ini kepada kita. Dia boleh buat apa sahaja dia suka.”
Garnacho won us the cup he can do what he likes
— Morgan (@utdscope) May 29, 2024
Ada juga yang berkata: “Selama ini kelab sudah cukup memanjakan kamu semua. Dah tiba masa kamu berusaha sendiri untuk mendapatkan tiket dan makanan pada hari final.”