Stamford Bridge Termasuk Dalam Catatan Rekod Selepas Liverpool Tewas Di Tangan Burnley

Liverpool dengan selamber tewas di tangan Burnley dalam aksi yang mereka harus menang untuk memastikan diri mereka kekal dalam persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Namun malang sekali Liverpool tidak melaksanakan tugasan mereka sekali lagi.

Berikut adalah beberapa keping nota catatan buruk Liverpool.

1. Rekod Anfield lebur

Rekod tak kalah dalam 69 perlawanan liga di Anfield lebur di tangan Burnley.

1,369 hari lamanya Liverpool tak kalah di Anfield sejak kekalahan terakhir di tangan Crytal Palace pada 2017.

Sesuatu yang bagus memang akan berakhir, namun siapa sangka ianya berakhir di tangan Burnley dalam keadaan Liverpool terkapai kapai kelemasan dilambung ombak dalam beberapa perlawanan terakhir.

Dengan itu rekod kekalahan paling panjang di halaman sendiri kekal milik pasukan Chelsea di Stamford Bridge dengan 86 perlawanan tanpa kalah ketika era Jose Mourinho dulu dulu.

Liverpool menjadi pasukan kedua dalam catatan sejarah tersebut.

2. Lebih 7 jam tak jumpa gol

Serangan Liverpool kini sudah 7.3 jam tak jumpa di mana gol. Bersamaan dengan 438 minit lamanya.

Dalam tempoh tersebut sebanyak 72 percubaan ke arah gol dilepaskan oleh mereka.

Dengan memiliki front 3 yang cemerlang dalam beberapa musim ini, ianya sesuatu yang sukar untuk ditelan.

Ini adalah pertama kali Liverpool mencatatkan rekod seburuk itu sejak Mei 2000.

3. Enam Saves

Nick Pope melakukan enam saves dalam kemenangan bersejarah mereka. Saves terbanyak dilakukan oleh penjaga gol lawan dalam aksi di Anfield sejak Fraser Forster pada Mei 2017. Di mana Forster melakukan 8 saves untuk mengikat Liverpool.

Pope memiliki kesemua set jawapan untuk Liverpool dan membantu pasukannya menang.

4. Empat belas clearances

Ben Mee menjadi pertahanan paling sibuk dan paling kental. Di mana beliau melakukan 14 clearances. Paling banyak direkodkan oleh seorang pemain  dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.

5. Rekod 47 tahun

Jika ada uncle korang ataupun ayah korang yang lahir pada 1974. Maka mereka seusia dengan rekod terakhir Burnley menang di Anfield.

Akhirnya rekod itu dihapuskan jua oleh Ashley Barnes dan rakan rakannya.

Ini juga merupakan kemenangan kedua mereka di away game pada musim ini berdepan dengan pasukan dengan rekod home cemerlang.

Baca yang lain