Standard Liege Nak Pinjam Duit Fellaini

Jarang sekali kita mendengar bekas majikan meminjam wang daripada bekas pekerja mereka.

Namun itulah yang berlaku di Belgium apabila Standard Liege cuba meminjam wang daripada Marouane Fellaini.

Laporan daripada Zack Lowry – Soccer Laduma – menyebut:

“Fellaini setuju meminjamkan wang €3 juta kepada Standard Liege selepas kelab itu berdepan dengan krisis kewangan yang teruk kerana liga Belgium yang dibatalkan.”

“Fellaini menyertai Axel Witsel mahu menyelamatkan bekas kelab mereka itu daripada muflis.”

“Wisel sudah meminjamkan €1.5 juta kepada Standard Liege bersama sama dengan beberapa pelabur lain bagi mengelakkan Standard Liege disingkirkan ke diviyen 4.”

Fellaini bermain untuk Liege Dari 2004-2008. Manakala Witsel bermain di sana dari 1999-2011.

Fellaini mahu membantu kelab lama beliau itu dari segi kewangan. Di mana pemain itu memiliki gaji yang sangat lumayan di China selepas meninggalkan Man United.

Fellaini meletakkan syarat bahawa hutang itu harus dilangsaikan dalam masa 3 tahun bersama kadar faedah yang dipersetujui bersama.

Namun malang sekali usaha itu dihalang oleh FA Belgium.

Sebaliknya FA Belgium memberikan amaran akan menyingkirkan Standard Liege ke divisyen amatur jika mereka gagal melangsaikan gaji kepada pemain.

Ini kerana Fellaini tak seperti Witsel yang melabur di Syarikat milik pemilik kelab Bruno Venanzi.

Di mana hasil pelaburan di syarikat itu akan disalurkan ke Standard Liege.

Ketika ini Standard Liege memerlukan sekurang kurangnya €12 juta untuk membolehkan mereka kekal berada di liga utama.

Jika tak, mereka akan disingkirkan ke divisyen amatur, divisyen keempat.

Sebelum ini Liga Belgium mengumumkan liga mereka dibatalkan.

Namun Liga Belgium masih belum rasmi mengumumkan Club Brugge sebagai juara. Perkara itu dijangka akan diselesaikan minggu hadapan.

Baca yang lain

‘Remontada InsyaAllah’ Kata CR7

Cristiano Ronaldo dengan spontan menyebut ‘remontada InsyaAllah,” ketika ditanya tentang peluang Al Nassr dalam aksi Liga Juara Juara Asia musim ini. Al

Guardiola Cabar De Bruyne

Playmaker sensasi Man City, Kevin De Bruyne sekali lagi terlibat dalam pertelingkahan tepi padang dengan Pep Guardiola. Kali ini De Bruyne tidak