Stanley Bernard Sindir ‘Pisau Pisau’ Yang Hipokrit Dan Ada Kepentingan Peribadi Dalam Bola Sepak

Nama Stanley Bernard melonjak naik. Menjadi orang penting di belakang tadbir kejayaan KL City dalam kempen Piala Malaysia 2021. Di mana KL menjadi juara buat pertama kalinya selepa 32 tahun. Di mana ketika itu Kuala Lumpur mencatat hatrik kejuaraan Piala Malaysia.

Lebih manis kejayaan ini adalah ketika Piala Malaysia meraikan edisi ke-100 tahun.

Penantian panjang KL itu berakhir pada tahun 2021, ketika skuad ibu kota dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman Bojan Hodak.

Dua gol Kuala Lumpur dalam aksi final dijaringkan oleh Zhafri Yahya & Paulo Josue.

Stanley Bernard meluangkan masanya untuk wawancara dengan Astro Arena.

Ditanya tentang perasaannya selepas menjuarai Piala Malaysia, Stanley Bernard berkata: “Saya rasa saya belum menerima [kenyataan] lagi. Adakah hal sedemikian benar benar berlaku ke semalam?”

Stanley mengakui dia masih terasa berada di dalam mimpi selepas kejayaan tersebut.

Stan: Masih banyak kerja

Namun beliau menegaskan bahawa, walaupun selepas bergelar juara Piala Malaysia, Stanley masih ada banyak kerja yang dilakukannya.

“Banyak kerja, pagi ni banyak kerja. Malam pun banyak kerja, sebab kerja CEO ni lain. Tetapi saya boleh menyatakan, pertamanya, tahniah kepada pasukan, kepada Bojan [Hodak], kepada Nenad [assistant Bojan].”

“Apa yang dilakukan oleh Bojan, apa yang dilakukan oleh Nenad, coaching staff, staf teknikal, players — saya pernah katakan, kita boleh beli cerita ni dekat Hollywood. Tetapi berlaku betul betul dekat KL.”

Stanley Bernard merupakan bekas pemain pasukan Kuala Lumpur. Dan beliau kemudian berjaya menjadi CEO yang membantu KL menjadi juara Piala Malaysia. Ianya satu perjalanan yang luar biasa.

Stanley berkata: “Ianya bukan sesuatu yang mudah apabila anda bukan daripada orang koporat. Seorang yang bekerja sebagai pemain bola, penganalisis, bekerja dalam bidang penyiaran.”

“CEO ini sangat berbeza. Sesiapa pernah jadi CEO mungkin akan faham. Dan setiap CEO itu unik dan berbeza dengan satu sama lain.”

Stanley menegaskan bahawa pengalamannya sebagai bekas pemain Kuala Lumpur membuatkannya bertekad mahu mengelak apa perkara yang tak baik berlaku kepadanya dahulu agar tidak berlaku kepada para pemain yang ada pada hari ini.

Daripada beribu perkara yang mahu dilakukan, Stanley memilih beberapa keutamaan untuk diberikan fokus terlebih dahulu.

Dalam sesi yang sama Stanley Bernard turut mengkritik beberapa pihak yang suka bermuka muka. Menurut beliau ada sesetengah individu yang berada di kelab hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Mereka inilah yang seringkali mencucuk orang lain dengan pisau pisau mereka.

Stanley menegaskan bahawa perkara itu bukannya baru. Namun ianya sudah menjadi satu budaya tidak sihat dalam bola sepak Malaysia.

Stanley berkata: “Bola sepak secara umum di dalam Malaysia, ianya digunakan sebagai kenderaan. Exco exco akan menggunakan jawatan jawatan ini untuk layak ke tempat yang lain.”

“Mereka ni bukan berada di sini untuk berkhidmat untuk kelab. Tetapi mereka di sini untuk berkhidmat untuk kepentingan diri sendiri.”

“Itulah yang saya hentikan. Apabila saya hentikan mereka ini, maka keluarlah pisau pisau dari kiri kanan depan belakang.”

“Kalau tak menang [juara Piala Malaysia], semalam [selepas tamat final] pun akan keluar pisau. Oleh sebab menang sekarang, jadi apa nak buat.”

“Oh! Stanley sangat bagus. 12 bulan sebelum ni tak pernah datang tanga, apa khabar kamu Stanley?”

“Tapi sekarang, syabas Stanley, kamu CEO terbaik.”

“Coach, kamu coach yang bagus.”

“Time tu dulu, semua orang keluar tikam.”

“Sama juga dengan media. Tak pernah tanya, kenapa saya buat pertukaran.  Eh dia orang bola, mungkin dia ada alasan.”

“Jadi, salah satu masalah terbesar di sini adalah budaya. Dan budaya itu adalah bola sepak digunakan sebagai kenderaan untuk pergi ke tempat lain.”

“Bola sepak tak pernah menjadi perkara paling mustahak. Dan untuk saya, saya datang untuk berkhidmat untuk kelab. Saya boleh angkat kaki esok, tiada masalah.”

“Saya bawa masuk Bojan Hodak. Saya bagi contoh, kamu ingat mereka tak ada bagi masa. Kalau saya dan Bojan gagal, mereka nak kami keluar.”

“Tiada masalah, kalau saya gagal, itu adalah melibatkan KPI. Kamu pergi je la [kalau gagal]. Jangan paksa mereka bertahan di tempat mereka.”

“Kalau kami capai sesuatu, dan orang mahukan kamu kekal, kamu buat. Tapi kalau kamu dah tak nak buat, tak mengapa.”

“Saya tak pernah memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya, kerana dalam bola sepak saya tahu ada ruang dan peranan untuk dimainkan. Saya sudah berada di dalam lingkaran bola di beberapa bidang berbeza dalam bola sepak.”

“Jadi, budaya ini harus diubah terlebih dahulu. Dalam bola sepak, kalau kamu sudah ada kedudukan di dalamnya, sebagai exco ke, sebagai naib presiden ke, sebagai presiden ke, kamu berkhidmat untuk kelab.”

“Jangan gunakan bola sepak sebagai batu loncatan untuk pergi ke tempat lain.”

“Sebab paling penting [kamu berada di sana] adalah untuk membantu meningkatkan bola sepak.”

“Jika mana mana orang melakukannya di dalam bola sepak Malaysia pada hari ini, pasukan kebangsaan Malaysia akan menjadi lebih baik. MFL akan lebih baik. Liga Malaysia akan menjadi lebih baik.”

Korang boleh saksikan wawancara penuh itu di sini:

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil