Statistik: 5 Dribblers Terbaik Masa Kini, Adama Traore Atasi Messi

Menggelecek merupakan satu perkara yang amat penting dalam serangan bola sepak.

Mengelecek memerlukan kepantasan dan juga skil serta teknik yang bagus.

Ianya adalah perihal membawa bola melepasi pemain lawan secara satu lawan satu.

Berikut adalah senarai penggelecek yang paling unggul di persada bola sepak dunia pada ketika ini.

1. Adama Traore

Musim 2019/20 merupakan musim kebangkitan untuk Adama Traore. Beliau bermain bersama salah sebuah pasukan yang sangat menarik untuk disaksikan dalam beberapa musim ini iaitu Wolves.

Kecemerlangan beliau membolehkannya dipanggil oleh pasukan kebangsaan Sepanyol. Dan turut dikaitkan dengan bekas kelab lamanya Barcelona.

Beliau berjaya melakukan 145 gelecekan. Dengan ratio kejayaan 74%. Ianya adalah ratio yang tertinggi untuk pemain yang melakukan gelecekan lebih daripada 20.

13 daripada gelecekan yang berjaya itu telah mencetuskan gol — sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Beliau kini dikaitkan dengan banyak kelab elit di Eropah.

2. Wilfried Zaha

Tempat kedua adalah seorang lagi pemain yang beraksi di Liga Perdana Inggeris iaitu Wilfried Zaha.

Bekas pemain Manchester United itu melakukan 219 gelecekan dengan kadar kejayaan 62 peratus.

Maka tidak hairanlah kenapa beliau menjadi buruan utama pasukan seperti Arsenal sebelum ini.

Namun hasrat beliau untuk menyertai pasukan yang berjaya sokong sejak di bangku sekolah itu tidak menjadi kenyataan kerana Crystal Palace meminta sekurang-kurangnya £100 juta.

Dan beliau dijangka akan sekali lagi menjadi barang panas di jendela perpindahan.

3. Lionel Messi

Lionel Messi masih lagi menjadi pemain yang berada di peringkat tertinggi walaupun usianya semakin meningkat.

Musim ini Lionel Messi melakukan 163 gelecekan dengan kadar kejayaan 72 peratus.

Beliau sudah mencetak 24 gol dan 15 assist musim ini. Ini bermakna Messi terlibat langsung dalam 39 gol Barcelona musim ini.

Kaptenn Barcelona itu terus menjadi nadi penting pasukannya.

4. Jeremie Boga

Jeremie Boga bermain untuk US Sassuolo di Itali.

Nama beliau mula menjadi perhatian ramai selepas aksi cemerlang pada musim ini.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu melakukan 166 gelecekan dengan kadar kejayaan 64 peratus di dalam Serie A musim ini.

Pemain yang baru berusia 23 tahun ini telah menjaringkan lapan gol dan membuat dua bantuan gol.

Boga merupakan pemain muda yang hanya menunggu masa untuk disambar kelab besar.

Namun begitu Chelsea memiliki kuasa untuk membeli balik Boga dengan harga hanya €20 juta.

Ini kerana adanya klausa beli balik yang diselitkan di dalam kontrak beliau ketika dijual ke kelab Itali itu.

5. Emiliano Buendia

Buendia menarik perhatian ramai apabila beliau beraksi cemerlang membantu Norwich City mendapatkan beberapa keputusan mengejutkan.

Sayang sekali pasukan tersebut gagal untuk lebih konsisten.

Namun begitu secara individu Emiliano Buendia tetap cemerlang dan mulai menjadi sasaran beberapa kelab lain di England.

Beliau melakukan 129 gelecekan dengan kadar kejayaan 71%.

Jika Norwich City tersingkir pada musim ini, Buendia pastinya akan menjadi nama pertama yang akan keluar dari pasukan tersebut kerana mendapat tawaran ke pasukan lain selain daripada Todd Cantwell.

Baca yang lain