Statistik Buruk Pemain Termahal EPL Hiasi Kekalahan 3-1 Chelsea Lawan 10 Pemain West Ham

Mauricio Pochetttino masih gagal mencipta kemenangan bersama Chelsea selepas 2 perlawanan.

Dalam aksi menentang West Ham di Stadium Olimpik London, The Blues malah tumbang 3-1 dalam perlawanan di mana lawan mereka beraksi 10 pemain pada separuh masa kedua.

West Ham mendahului menerusi Aguerd seawal minit ketujuh lagi.

Kemudian Chelsea mendominasi perlawanan dengan mencipta beberapa peluang gol.

Pada minit ke-27,  pemain Chukwuemeka menyamakan kedudukan dengan gol cantik di mana dia mengacah dengan shoulder feint dan gol. Itu gol EPL pertama beliau.

Sebelum rehat, Chelsea berpeluang mendahului apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti.

Namun pemain tengah termahal dalam sejarah Chelsea, Enzo Fernandez mempersia siakan peluang yang dia ada.

Pada separuh masa kedua, West Ham terus berdepan masalah apabila mereka dikurangkan kepada 10 pemain selepas penjaring gol mereka, Aguerd dibuang pada minit ke-67.

Sebelum itu, Michail Antonio sempat meletakkan West Ham di hadapan 2-1 menerusi gol minit ke-53.

Beraksi 10 pemain, West Ham memperketatkan lagi pertahanan mereka dengan cuba bermain sekompak mungkin.

Chelsea kemudian memasukkan pemain termahal dalam sejarah EPL iaitu Moises Caicedo. Pemain yang dibeli dengan nilai  £115 juta oleh Chelsea dari Brighton.

Namun ianya debut untuk dilupakan oleh Caicedo. Dia bergelut di atas padang dan kemudian memberikan penalti kepada lawan pada lewat masa kecederaan.

Ianya memang hari malang buat 2 pemain bernilai lebih £100 juta Chelsea iaitu Enzo Fernandez dan Moises Caicedo dalam perlawanan ini.

Ini adalah statistik Caicedo dalam debut bersama Chelsea selepas perpindahan sensasi ke Stamford Bridge dengan rekod perpindahan £115 juta je.

Dia bermain 37 minit. Dalam tempoh itu dia kehilangan bola 8 kali. Seterusnya tidak dapat melakukan sebarang hantaran bahaya.

Dia malah melakukan 2 foul serta 1 kesilapan yang mencetuskan percubaan bahaya lawan. Serta 1 foul yang memberikan penalti kepada lawan.

Tiada sebarang clearance atau pintasan yang dilakukannya.

Lucas Paqueta yang dilanda kontroversi kes skandal perjudian – yang membantutkan peluangnya untuk menyertai Man City – telah memastikan West Ham membunuh perlawanan  dengan gol ketiga menerusi sepakan penalti minit ke-90+5.

Baca yang lain