Alisson hanya memerlukan kurang daripada dua musim untuk membuktikan bayaran perpindahan £66.8 juta untuknya adalah sangat berbaloi. Liverpool telah menyempurnakan perpindahan beliau dari AS Roma pada musim panas tahun 2018 lalu.
Pejaga gol utama Brazil itu memainkan peranan penting dalam kebangkitan skuad The Reds dalam persaingan domestik dan Eropah dalam tempoh dua tahun yang lalu.
Alisson telah menunjukkan kecemerlangan beliau semenjak beraksi dengan Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp.
Walaupun beliau mengalami kecederaan di awal musim lalu namun itu tidak sedikit pun merencatkan aksi beliau Untuk meneruskan kecemerlangannya musim ini.
ESPN pundits on Van Dijk and Alisson, 2018:
“Can he step up and perform at Anfield, week in week out? I'm not sure."
"Alisson is a good goalkeeper, but it's only a few years ago he was number 2 to Szczesny at Roma."
"Even with them, I expect Man Utd to finish above Liverpool." pic.twitter.com/vB6GigLi2k
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) June 2, 2019
Pemain berusia 27 tahun itu berjaya menjadi benteng terakhir yang sangat cemerlang untuk pasukan Liverpool. Beliau telah berjaya mendapatkan Golden Glove Premier League pada musim pertama beliau beraksi untuk Liverpool lagi.
Selain itu beliau juga telah memenangi Golden Glove untuk Liga Juara-Juara serta memenangi Yashin Trophy.
Sudah tentu, jangan lupa kemenangan Copa America bersama Brazil sebulan selepas mengangkat trofi Liga Juara-Juara.
Alisson juga mencatatkan beberapa statistik yang luar biasa pada tahun pertama di Anfield, mengekalkan 27 “Cleen Sheet” di dalam semua pertandingan seperti dalam Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.
Alisson won’t be talked about uno? First keeper in history to win a golden glove in Premier League, Champions League and Copa America, in which he won 2 of those 3 trophies. He then won the first ever Yashin award, and is about to be apart of one of the best league winning teams. pic.twitter.com/1jmKKMC2Z5
— 𝔹𝕊 (@BSSLFC) February 11, 2020
Alisson begitu cemerlang musim lalu dengan memenangi pelbagai anugerah. Permulaan musim ini beliau telah terlepas tujuh perlawanan liga kerana dibelenggu kecederaan.
Namun sekembalinya dari kecederaan beliau masih mampu mengekalkan rentak permainan yang sama bah kan lebih baik lagi dalam menjaga gawang Liverpool.
Alisson terlepas tujuh perlawanan dan telah kembali beraksi semula dalam perlawanan menentang Manchester United pada 20 Oktober, dan ia adalah “Cleen Sheet” pertama untuk Alisson dari sembilan perlawanan Liga.
Yang luar biasa hebatnya adalah, bekas penjaga gol utama Roma itu hanya bolos satu gol sahaja di dalam aksi Liga Perdana dari mula beliau beraksi selepa kecederaan hingga ke hari ini.
Beliau hanya di bolosi sekali oleh Wolves dan Liverpool memenangi perlawanan itu dengan keputusan akhir 2 gol berbalas satu.
Pickford 2018: “I won’t blunder like Alisson”
2019/20 Season:
Clean sheets:
• Alisson – 9
• Pickford – 6Alisson:
• Golden Glove last season
• Top of the league 22 clearPickford:
• Short arms pic.twitter.com/P2ZCQyW3K8— Lucas (@LFC_Lucas17) February 8, 2020
Dalam kedudukan untuk merebut Golden Glove Alisson kini masih kekal dikedudukan pendahulu carta dengan sembilan “Cleen Sheet” bersama Nick Pope dan Dean Henderson.
Pope dan Henderson menghasilkan angka “Cleen Sheet” yang sama dari 25 dan 23 penampilan masing-masing.
Walau bagaimanapun, sebagai tambahan kepada peratusan menyelamatkan yang tinggi dalam Liga sebanyak 87 peratus, usaha Alisson untuk memastikan beliau tidak dibolosi melebihi daripada enam gol dalam 17 perlawanan adalah sangat menarik perhatian.
Menurut Liverpool Echo, Liverpool secara puratanya hanya di bolosi satu gol dalam setiap 244 minit.
Hal ini menunjukkan Alisson bukan hanya yang terbaik dari mana-mana penjaga gol musim ini tetapi beliau adalah penjaga gol terbaik untuk seluruh era Liga Perdana.
Apabila anda memikirkan antara penjaga gol yang pernah beraksi cemerlang di dalam kancah Liga Perdana sebelom ini.
Anda pasti akan sedar bahawa Alisson berada di tahap persembahan yang melayakkan beliau untuk di gelar sebagai antara penjaga gol terbaik dalam sejarah Liga Perdana.
Alisson has conceded just 6 goals in 17 Premier League games so far this season and is joint leader for the Golden Glove – he currently has 9 clean sheets along with Dean Henderson and Nick Pope, who have played 23 and 25 games respectively. 🧤 pic.twitter.com/NtfCZU2S41
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) February 15, 2020
Secara keseluruhannya, Liverpool telah dibolosi 15 gol dalam Perlawanan liga musim ini.
Hal ini bermakna mereka berada di tahap yang sama dengan pasukan Chelsea, ketika di bawah kendalian Jose Mourinho pada musim 2004/05.
Dengan memiliki barisan pertahanan yang mantap dan penjaga gol yang berkelas dunia tidak mustahil untuk Liverpool kekal kebal untuk dibolosi pada musim ini.