Statistik Dan Video 3GP: Havertz vs Barnsley – Hatrik Dan Assist Dia Bagi

Kai Havertz telah banyak menerima kritikan sejak beliau tiba dengan rekod sebagai pemain termahal dalam perpindahan kali ini di England.

Beliau juga menjadi pemain yang termahal dalam sejarah Chelsea.

Havertz dibeli dari Bayer Leverkusen pada jendela perpindahan yang lalu. Beliau merupakan prospek terhangat di Jerman sejak dua musim kebelakangan ini.

Selepas dua aksi dalam perlawanan EPL yang kurang memberangsangkan, akhirnya Havertz berjaya memberikan persembahan yang membuka dalam aksi Piala Carabao berdepan dengan Barnsley.

Beliau memiliki ketepatan percubaan on target 100% dalam perlawanan ini. Menjaringkan 3 gol dan mencipta dua peluang gol. Dengan salah satu daripadanya menjadi Assist.

Havertz Bermain di posisi no.10 buat pertama kalinya di bawah kendalian Frank Lampard. Itu adalah posisi kegemaran beliau ketika di Bayer Leverkusen.

Ternyata Kai Havertz sangat selesa menjadi penyerang sokongan kepada Tammy Abraham.

Gandingan kedua dua pemain tersebut sangat merecik. Tammy Abraham terlibat secara langsung atau tak langsung dalam ketiga tiga gol Havertz.

Havertz menjadi arkitek penting di atas padang. Turun sampai ke bawah untuk mengutip bola dan menggerakkannya ke atas.

Heatmap ini menunjukkan bagaimana Havertz menjelajah ke seluruh padang untuk menggerakkan tempo permainan.

Saksikan rangkuman aksi Havertz di sini untuk memenuhi keceriaan pagi anda.

Chelsea menang mudah 6-0 ke atas Barnsley Dalam aksi Piala Carabao. Selain daripada tiga gol oleh Havertz, tiga gol lagi dijaringkan oleh Tammy Abraham, Ross Barkley, Dan Olivier Giroud.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan