Statistik: Gakpo β€˜Gak Ada Obat’ Lawan Romania

Belanda meneruskan kemaraan ke suku akhir Euro 2024 selepas menewaskan Romania 3-0.

Gakpo menjadi pemain penting Belanda sekali lagi dengan sumbangan 1 gol dan 1 assist dalam perlawanan penting ini.

Gakpo turut melakukan beberapa lagi ancaman bahaya ke gawang lawan.

Bintang Liverpool, Cody Gakpo meletakkan pasukannya di hadapan apabila dia membuka tirai jaringan pada minit ke-20 perlawanan.

Gakpo melakukan aksi individu yang luar biasa sebelum merembat masuk bola menewaskan penjaga gol pasukan lawan.

Gakpo juga hampir menambah satu lagi gol selepas itu namun dibatalkan oleh VAR kerana ofsaid.

Donyell Malen menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-83. Gakpo berjaya mengatasi Dragusin di byline dan melorongkan bola kepada Malen – yang tidak melepaskan peluang daripada peluang terbuka.

Pada lewat masa kecederaan separuh masa kedua, Donyell Malen memastikan Belanda mara ke suku akhir dengan gol kedua minit ke-90+3. Hasil daripada assist oleh Xavi Simons.

Belanda berhak menang perlawanan ini dengan 23 percubaan mereka lepaskan ke arah lawan mereka berbanding hanya 5 percubaan daripada Romania. Belanda sangat dominan dengan 66% penguasaan bola dalam perlawanan ini.

Gakpo terus menuai pujian daripada peminat Belanda. Dalam Piala Dunia lalu dia mencetak 3 gol untuk negaranya. Dan kali ini dia sudah menyamai rekod itu dan menambah 1 assist yang cantik.

Gakpo turut dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Belanda vs Romania – peringkat 16 akhir Euro 2024.