2 musim sebelum penyerang dari Lubnan ini tiba buat kali ke-2 di Kota Bharu, dia sering memuatnaik gambar dengan kata-kata rindukan Kelantan di laman Twitternya.
Perkara ini memang dalam pengetahuan hampir semua penyokong Kelantan kerana ia sering menjadi bahan perbualan di laman social terutamanya facebook.
Memasuki musim 2017, apa yang diinginkan oleh Ghaddar menjadi kenyataan, dia kembali semula tetapi Kelantan pada masa itu bukan lagi pasukan yang kuat namun masih kompetitif.
Memeranjatkan, dia seperti melepaskan rindu bertahun meledak 18 gol pada separuh musim liga atau lebi tepat dalam 11 perlawanan.
Penulis pernah bertanya kepada jurulatih pada ketika itu, kenapa Ghaddar terlalu tajam dengan pasukan yang lebih lemah berbanding dahulu.
“Kita merupakan pasukan yang tidak simbang (umur, posisi dan keupayaan), pasukan dibina mengikutnya.”
“Semua pemain akan mencipta peluang untuk dia, dia diberi kebebasan sepenuhnya untuk melakukan apa sahaja yang dia mahu.”
Pada 2012 Ghaddar tidak boleh melakukan semua apa yang mahu dilakukanya, Kelantan mempunyai ramai pemain yang boleh menjaringkan gol.
Jika dia melakukan seperti apa yang berlaku pada 2017, sudah pasti ia mengundang kemarahan oleh para pemain lain.
Dia tak boleh tamak tapi 2017 dia perlu menjadi tamak.
Hasilnya, 18 jaringan dan berjuta ringgit wang masuk ke dalam akaun peribadinya dan Persatuan Bola Sepak Kelantan.
Ghaddar dan Zahasmi
Mamadou Danso menggantikan Jonathan McKain. Morgaro Gomis dikekalkan dan Alessandro Celin-Ghaddar mengambil alih tugasan Blazhe Ilijoski-Wander Luiz.
Majoriti pemain tempatan dikekalkan seperti Khairul Fahmi, Farisham Ismail, Qayyum Marjoni, Nor Hafiz Zamani, Badhri Radzi dan Indra Putra Mahayuddin.
Sehingga LS13, Kelantan meraih 20 mata, berada di tangga ke-4 liga dan mempunyai penjaring gila Liga Super.
Zahasmi hanya perlukan 4 mata untuk memastikan Kelantan terus selamat di liga elit Malaysia ini. TEtapi dengan hanya 1 panggilan yang diterima olehnya, dia direhatkan buat seketika untuk memberi laluan kepada Alfredo Gonzales.
Pada masa yang sama JDT terlalu berminat dengan jumlah jaringan Ghaddar ketika mereka mempunyai masalah dengan Jeronimo Barrales.
JDT sanggup mengeluarkan yuran perpindahan bernilai jutaan ringgit bagi melakukan pembaikan jangka pendek pasukannya.
Ghaddar menyumbang 6 gol liga kepada pasukan barunya. Penyerang berusia 33 tahun ini juga sekali lagi menjaringkan lebih banyak gol dari jumlah perlawanan di Piala Malaysia.
8 gol dari 6 penampilannya.
Dari sudut sistem permainan JDT mungkin penyerang ini tidak sesuai dengan JDT, tetapi siapa boleh menafikan dia sudah menyelesaikan masalah pasukan yang tidak mampu dilakukan oleh Barrales.
Malah Hazwan Bakri Cuma mampu menyumbang 3 gol dari 9 perlawanan sebagai penyerang tengah selepas penyerang dari Argentina itu diturunkan ke JDT II.
Ghaddar 2017
Peralawanan pertama Ghaddar tidak menjaringkan sebarang gol. Menentang PKNS dia menjaringkan 2 gol dan selepas itu 1 gol ketika menewaskan Felda United.
Ghaddar direhatkan pada LS4, kembali mencari sentuhan apabila bertemu Selangor.
LS7 hingga LS10 menjadi tempoh ‘Ghaddar menjadi idaman penyokong’ apabila meledak 13 gol dalam 5 perlawanan.
3 kali hatrik (salah satunya 4 gol) ketika membenam Perak, T-Team dan P.Pinang. Tidak cukup dengan itu dia menjaringkan 2 gol pantas yang hampir menewaskan JDT.
Ghaddar menambah gol ke-17 dan ke-18 ketika membantu Kelantan meraih 3 mata bertemu Pahang. Ia adalah perlawanan terakhirnya bersama Kelantan.
Setengah musim menyaksikan Kelantan membenarkan semua apa yang mahu dilakukannya di atas padang.
Itulah resepinya.
Adakah ia berbaloi? Ya, Sekurang-kurangnya Kelantan dapat banyak gol dan Kelantan dapat banyak wang. Kelantan menjadi tiket kepada Ghaddar menjadi pemain JDT.
Pada musim seterusnya Ghaddar kembali buat kali-3. Ramai mengatakan ia dalam terma pinjaman kerana dia masih bersama JDT walaupun namanya tidak berada dalam skuad itu.
Ghaddar membuat 5 penampilan tanpa sebarang gol. Kelantan sudah dibina tanpanya. Kelantan pada ketika itu berasaskan permainan Ferdinand Srinaga, Bruno Lopes dan Do Dong Hyun.
Selepas itu Ghaddar sudah tidak rindukan Kelantan lagi seperti sebelumnya.
Ghaddar menutup kariernya pada musim 2017 dengan 24 gol liga. 18 jaringan bersama Kelantan dan 6 lagi ketika bersama JDT.
8 jaringan di Piala Malaysia menjadikan 32 jaringan secara keseluruhannya dalam 28 penampilan. Kisah Ghaddar akan menjadi cerita sensasi yang tersimpan dalam sejarah bola sepak Malaysia.
Kerinduannya bertukar menjadi banyak gol dan banyak wang.