Bruno Fernandes sekali lagi beraksi cemerlang dan menjaringkan gol untuk Manchester United.
Beliau menjaringkan 2 gol dalam kemenangan mudah United di tempat lawan ke atas Real Sociedad dalam pusingan 32 akhir UEL.
United digugurkan ke UEL selepas tersingkir daripada UCL sebelum ini. Kemenangan itu pastinya meletakkan United separuh kaki dah ke pusingan 16 akhir.
Aksi di antara Sociedad dan Man United dilangsungkan di Itali kerana sekatan perjalanan oleh kerajaan Sepanyol kepada pesawat dari UK.
Bruno Fernandes menjaringkan gol ke-20 dan ke-21 beliau untuk United dalam semua pertandingan musim ini.
Memecahkankan rekod Paul Scholes pada 18 tahun yang lalu, pada musim 2002/03 Scholes cemerlang dengan 20 gol semusim sebagai pemain tengah.
Sejak itu tiada pemain tengah United menjaringkan 20 gol semusim.
Bruno Fernandes don pass the record (20 goals) wey Paul Scholes set as #ManUtd midfielder in 2002-03.
Right now, Bruno get 21 goals in 2020-21. 🔴
Na Star. 🎩#MUFC 🔴⚫️ #UEL pic.twitter.com/Ja97sWUgC2— Man United in Pidgin (@ManUtdInPidgin) February 18, 2021
Scholes sendiri memuji Fernandes dan menyifatkan pemain itu fenomenal sejak menyertai mereka dari hari pertama lagi.
"He has been sensational from the very day he signed."
"He makes the team play football."
Paul Scholes on Bruno Fernandes ❤️#UEL pic.twitter.com/D8VJ5HJtQ7
— Football on BT Sport (@btsportfootball) February 18, 2021
Bruno Fernandes 20th goal this season (0-1) #mufc pic.twitter.com/npRO7BbaOf
— United Goals ⚽️ (@UnitedGoals__) February 18, 2021
Kini Bruno Fernandes memahatkan namanya dalam sejarah. Beliau menjadi pemain tengah United pertama menjaringkan 21 gol semusim dalam semua pertandingan. Dan rekod itu beliau sendiri akan terus lanjutkan untuk setiap gol beliau selepas ini.
Paling gila, sejak menyertai Man United pada Januari 2020, Bruno Fernandes telah terlibat secara langsung dalam 51 gol. Menjadikan beliau dalam senarai ketiga dalam tempoh tersebut. Hanya Lewandowski dan Lionel Messi berada di atas beliau.
Since his debut, Bruno Fernandes has 52 goal involvements.
Only Lionel Messi (53) and Robert Lewandowski (67) have more. Don't forget he's a midfielder ! 🪄 pic.twitter.com/6w2Aovbrn4
— BF 18 (@FernandesThings) February 18, 2021
Gol ke-21 Fernandes beliau juga menjadikan Fernandes sudah terlibat dalam gol United sebanyak 31 kali musim ini – dengan tambahan 11 assist yang beliau catatkan — walaupun tiada assist dalam perlawanan ini.
Bruno's second goal (0-2) #mufc pic.twitter.com/UdkjBAPmcH
— United Goals ⚽️ (@UnitedGoals__) February 18, 2021
Speaking to BT Sport after the match, the former Sporting midfielder was asked about his target for scoring this season. “My target is scoring the most goals I can and assist my teammates to score goals too,” Fernandes said.
“Posisi saya adalah untuk melakukan itu, untuk membantu mencipta gol, menjaringkan gol gol sebanyak mana yang saya boleh.”
“Yang paling penting bagi saya, sasaran saya, adalah memenangi piala. Memenangi piala lebih penting daripada menjaringkan gol.”
Bercakap tentang keputusan positif pada hari ini, Bruno berkata: “Kami tidak perlu melihat keputusan, kami harus melihat prestasi kami.”
“Kami tahu kami tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam beberapa perlawanan.”
“Tetapi dalam beberapa perlawanan kami tidak mendapatkan hasil yang kami mahu walaupun sebenarnya bermain dengan baik.
“Jadi kita harus terus meningkatkan diri, kita harus menjadi lebih baik dan lebih baik, dan yang paling penting adalah kemenangan dan memberikan anda lebih banyak keyakinan untuk bertarung dalam perlawanan seterusnya dan berusaha untuk menang lagi.”
Solskjaer pula memberikan komen kepada Fernandes: “Kalau dia dah skor 2 dia nak yang ketiga. Kalau dia dah assist satu, dia nak assist satu lagi.”
“Dia memacu semua orang. Dan kadangkala dia terlebih pacuan dan dia mahu melakukannya terlalu banyak.”
Ole Gunnar Solskjaer on Bruno Fernandes: "If he scores two, he wants three and if he has an assist, he wants another one. He drives everyone on; sometimes he drives too much and he wants to do too much." 😅 pic.twitter.com/WTUx3JnaS7
— Goal (@goal) February 18, 2021