Statistik Gila: Haaland Skor Lagi, 9 Gol 6 Perlawanan & Bersepah Rekod Power Dicatatkan

Pemain remaja sensasi Norway, Erling Braut Haaland meraih sembilan gol dalam enam aksi beliau untuk Borussia Dortmund.

Ternyata Borussia Dortmund membuat pembelian terbaik musim ini. Mereka mendapatkan Haaland dari RB Salzburg.

Haaland terus menjadi igauan ngeri pertahanan lawan

Erling Haaland menjaringkan gol lagi dalam kemenangan 4-0 Borussia Dortmund ke atas Eintracht Frankfurt.

Segalanya bermula dengan serba sempurna untuk pemain muda tersebut.

Dortmund berjaya mencipta kemenangan yang menaikkan moral mereka. Ianya sangat penting, ketika mereka dalam persiapan mereka untuk berhadapan dengan PSG dalam aksi UCL selepas ini. PSG diuruskan oleh bekas pengurus mereka iaitu Thomas Tuchel.

Kemenangan ini menyaksikan Borrusia Dortmund naik ke tangga kedua dalam carta Bundesliga.

Dortmund mendominasi aksi ini. Frankfurt pula tidak begitu banyak aksi yang mereka jelmakan. Gagal untuk mendapat inspirasi seperti mana ketika mereka mengalahkan Bayern 5-1 November lalu dan mengalahkan Leipzig 2-0 bulan lepas.

Frankfurt tidak mencatatkan sebarang percubaan tepat dalam perlawanan ini. Dan hanya ada 1 shot mereka catatkan.

Haland sang pencetak rekod

Selepas gol oleh Lukasz Piszczek dan Jadon Sancho, Haaland sekali lagi menunjukkan tahap klinikal beliau di hadapan gol.

Haaland mencatatkan ratio 1 gol dalam setiap 40 minit.

Hanya satu perlawanan sahaja Erling Haaland gagal menjaringkan gol untuk pasukan barunya itu, Borussia Dortmund.

 

Beliau kini menjadi pemain pertama dalam sejarah Bundesliga; menjaringkan 8 gol dalam lima penampilan pertama Bundesliga.

Walaupun hanya menyertai Borussia Dortmund pada Januari, hanya 8 pemain yang berada di atas beliau dalam carta jaringan Bundesliga. Haaland pula hanya bermain 5 perlawanan setakat ini.

Raphael Guerreiro menambah gol keempat Borussia Dortmund pada lewat babak aksi.

Haaland, pemain yang 19 tahun,  telah menjaringkan 28 gol dalam 22 perlawanan musim ini untuk Salzburg sebelum Dortmund membayar €20 juta untuk mendapatkan khidmat beliau.

Dan kini sudah mencetak lapan gol dalam lima aksi liga, ditambah satu gol di dalam kekalahan mereka di kepada Werder Bremen pada aksi DFP Pokal.

Haaland dikeluarkan ketika perlawanan berbaki 12 minit. Dan beliau mendapat standing ovation gemuruh dari Signal Iduna Park yang padat dengan 81,000 orang penyokong.

Memang meriah betul la diorang. Dapat striker sedap pulak kan?

Ini adalah kemenangan pertama Dortmund dalam tiga perlawanan selepas kekalahan dalam cup competition di tangan Bremen dan kekalahan 4-3 Sabtu lalu di tangan Leverkusen.

Kehebatan yang diperakui

Erling Haaland sebelum ini diumumkan sebagai Pemain Terbaik Bundesliga untuk Januari.

Tak cukup dengan itu, beliau juga dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Borussia Dortmund untuk bulan Januari 2020.

Musim ini, beliau secara keseluruhannya bermain 36 perlawanan. Menjaringkan 27 gol dan 8 assist. Mencatatkan gol atau assist dalam setiap 40 minit.

Itu merupakan statistik gila untuk pemain yang baru berusia 19 tahun.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di