Beberapa bulan lalu, Thomas Tuchel menganggap statistik cuma 7 sentuhan dalam satu perlawanan oleh Lukaku, sebagai perkara yang bukan kelakar bagi beliau sebagai jurulatih.
Walaupun bagi media dan peminat, pastinya mereka geli hati dengan statistik itu.
Statistik 7 sentuhan itu dicipta oleh ketika berdepan dengan Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada beberapa bulan lalu.
Thomas Tuchel ternyata tidak gembira dengan statistik tersebut. Dan menganggap ianya bukan kelakar. Tuchel masih mengambil tanggungjawab untuk mempertahankan Lukaku dan melindungi pemain itu, seagi lagi dia pemain Chelsea.
Tuchel berkata: “Ini bukan apa yang kami atau Romelu mahukan. Dan pada masa yang sama, ini bukan masa untuk ketawa atau buat kelakar tentang dia. Dia sekarang ini menjadi perhatian dan kami harus melindunginya.”
Tuchel memberikan jaminan bahawa Romelu Lukaku masih menjadi pemain utama dalam pasukan dan memainkan peranan penting dalam perancangannya musim ini.
Ditanya, apakah yang pasukan akan lakukan agar Lukaku dapat menyentuh bola lebih banyak. Tuchel berkata: “Apa yang boleh saya buat? Saya tak tahu. Kita kena hadapi masalah ini.”
“Data sudah dikeluarkan dan data itu bercakap dalam bahasa yang berbeza. Dia tidak terlibat dalam perlawanan kami, dan benda macam ni memang kadangkala berlaku kepada penyerang penyerang. Jika mereka bergelut sedikit dengan keyakinan diri, untuk mencari ruang dan terlibat dalam proses bertahan, ianya boleh jadi seperti ini.”
Chelsea boss Thomas Tuchel has come to the defence of Romelu Lukaku following the striker's recent struggles.#bbcfootball
— BBC Sport (@BBCSport) February 21, 2022
Lukaku Catat Statistik Paling Buruk, Cuma 7 Kali Sentuh Bola Dan 0 Shot
Romelu Lukaku sekali lagi menjadi bot dalam aksi antara Chelsea dengan Crystal Palace pada Februari lalu. Ia adalah sentuhan paling sedikit dalam satu perlawanan Liga Perdana untuk pemain yang telah bermain selama 90 minit penuh sejak data opta tersedia pada 2003/04.
Paling mengecewakan Lukaku cuma melakukan 2 sentuhan sahaja pada separuh masa pertama. Salah satu daripada sentuhan itu adalah sepak mula yang dimulakannya.
Prestasi Lukaku benar benar mengecewakan ramai peminat Chelsea yang mengharapkan pemain itu meledak sesuka hatinya seperti di Inter Milan sebelum ini.\
Catat hanya 5 hantaran tepat di final Piala FA
Dalam aksi final Piala FA, Lukaku mencatatkan rekod tak masuk akal sekali lagi.
Kali ini dia mencatatkan statistik hilang bola lebih banyak daripada menghantar tepat kepada rakannya.
Lukaku bermain 85 minit sebelum digantikan dengan Ziyech.
Dia melakukan 15 sentuhan sahaja. Dengan melakukan hanya 5 hantaran tepat daripada 10 hantaran kesemuanya.
Sementara itu, Lukaku hilang bola sebanyak 7 kali sepanjang perlawanan ini.
🇧🇪 Romelu Lukaku lost possession more times (7) than passes he completed (5) in the 85 minutes he was on the pitch against Liverpool.
😳. #CFC #Chelsea #EmiratesFACup pic.twitter.com/l7eps44vAS
— Mozo Football (@MozoFootball) May 15, 2022
Walaupun badannya yang besar dan dianggap pemain sangat lasak, dia kalah 3 kali duel.
Selain gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat.
🇧🇪 Romelu Lukaku against Liverpool:
🔘85 Minutes
🔘15 Touches
🔘5 Passes
🔘50% Pass Accuracy
🔘1 Chance Created
🔘1 Shot Off Target
🔘0 Shots On Target
🔘0 Take-ons
🔘3/6 Duels Won
🔘7 Times Lost Possession
🔘2 Fouls Committed
🔘2 ClearancesBad. #CFC #Chelsea #EmiratesFACup pic.twitter.com/OMJItqMe67
— Mozo Football (@MozoFootball) May 15, 2022
Chelsea tewas dalam penentuan penalti dalam aksi final tersebut. Membuatkan Chelsea mencipta rekod kalah kesemua 3 final berturut turut.
Tuchel masih yakin dengan Lukaku
Thomas Tuchel menyatakan bahawa beliau masih menaruh kepercayaan kepada pemain termahal dalam sejarah Chelsea itu.
Musim ini sudah berakhir buat Lukaku. Dan beliau harus mempersiapkan diri untuk musim hadapan.
Lukaku dibeli dari Inter kerana prestasi luar biasanya. Dia menjadi penggempur elit di Eropah ketika bersama dengan Inter.
Namun Lukaku pernah membuat kontroversi dalam satu wawancara dengan Sky Italia, di mana dia menyalahkan taktikal Tuchel sebagai punca dia tak banyak gol selain daripada kurang minit perlawanan diberikan kepadanya.
Lukaku menimbulkan kemarahan penyokong dan Tuchel apabila dia dengan terbuka menyatakan dia mahu kembali ke Inter suatu hari nanti.
Ketika di Inter, Lukaku banyak dibantu oleh Lautaro Martinez yang sangat memahami corak permainannya.
Martinez bermain dalam sistem Lukaku.
Manakala di Chelsea, Romelu Lukaku harus bermain dalam sistem Tuchel.