Statistik: Haaland Cetak Hatrik Dalam Setiap 8 Perlawanan EPL

Erling Haaland memberikan satu lagi aksi masterclass depan gol. Dia mencetak hatrik sekali lagi dalam aksi EPL. Yang bermakna dia sudah mencetak hatrik dalam dua perlawanan EPL berturut turut. Pemain pertama melakukannya sejak Harry Kane.

Dan memang mereka dua sahaja yang berjaya melakukan rekod luar biasa itu. Harry Kane kini sudah bermain untuk Bayern Munich di Bundesliga.

Sementara Haaland terus mengganas di EPL. Manchester City menang 3-1 ke atas West Ham di Stadium Olimpik London. Dengan Haaland membuka tirai jaringan minit ke-10. Tetapi gol sendiri Ruben Dias membantu West Ham mengikat perlawanan.

Tetapi Haaland menjaringkan 1 lagi gol sebelum rehat separuh masa pertama untuk memastikan Man City masuk ke bilik persalinan dengan skor 2-1.

Separuh masa kedua Haaland menyempurnakan hatriknya pada minit ke-83. Dan kini dia sebaris dengan Thierry Henry, Michael Owen dan juga Harry Kane dalam senarai hatrik paling banyak dalam EPL.

Kesemua mereka dengan 8 hatrik. Robbie Fowler di tangga ketiga dengan 9 hatrik yang boleh dipintas Haaland pada bila bila masa. Kerana Haaland mencetak Hatrik dalm setiap 8.6 perlawanan dia bermain di liga. Luar biasa kan?

Di tangga kedua ialah Alan Shearer dengan 11 hatrik dan paling banyak ialah Sergio Aguero dengan 12 hatrik.

Paling tak masuk akal, Haaland hanya memerlukan 69 perlawanan sahaja untuk mencetak 8 hatrik EPL dalam kariernya. Tidak hairanlah Pep Guardiola minggu lalu membandingkan impak Haaland dengan Lionel Messi dan CR7.

Guardiola sekali lagi memuji prestasi Haaland dan juga pemain pemain lain yang membantunya.