Statistik: Haaland Skor Lagi Pagi Tadi, Ini Statistik Tak Masuk Akal Daripada Remaja Norway

Tiada kata kata yang boleh menggambarkan betapa sensasinya Erling Haaland musim ini.

Daripada kariernya di RB Salzburg sehinggalah ke Borrusia Dortmund, ternyata pemain ini terus cemerlang dan menjadi igauan ngeri kepada mana-mana pertahanan.

Perubahan kelab dan suasana liga yang baharu tidak langsung memberikan masalah kepada pemain ini untuk beradaptasi.

Erling Haaland berada dalam senarai penjaring sekali lagi dalam aksi berhadapan dengan Werder Bremen.

Berikut adalah statistik gila yang dicatatkan oleh Erling Haaland setakat ini.

1. Empat puluh gol

Haaland musim ini sudah menjaringkan 40 gol dalam semua pertandingan. Ianya satu angka yang sangat luar biasa untuk pemain muda tersebut.

Haaland kini dalam persaingan untuk merebut kasut emas Eropah.

2.  Dua belas gol dalam 8 penampilan di Jerman.

Beliau kini sudah menjaringkan 28 gol daripaa 22 perlawanan untuk kelab lamanya Salzburg.

Beliau berhijrah ke Borussia Dortmund dengan nilai perpindahan £17 juta, yang boleh dianggap bargain.

Dan angka gol beliau terus bertambah ketika bersama Dortmund. Haaland sudah menjaringkan 12 gol dalam 8 penampilan beliau.

Dalam aksi Bundesliga awal pagi tadi, Erling Braut Haaland skor lagi dalam kemenangan 2-0 Borussia Dortmund ke atas Werder Bremen.

Hanya beberapa hari selepas beliau menjaringkan dua gol ke atas PSG dalam aksi Liga Juara Juara Eropah. Di mana BvB menang 2-1.

Selain itu, Haaland juga sudah mencetak satu hatrik untuk Borussia Dortmund setakat ini.

3. Sumbangan gol

Secara keseluruhan Erling Haaland sudah menyumbang secara terus kepada gol sebanyak 48. Di mana pemain berusia 19 tahun bernama Haaland ini sudah menjaringkan 40 gol dan 8 assist setakat ini.

Beliau masih ada baki musim yang panjang.

Jumlah assist tersebut bukti bahawa Haaland adalah pemain yang memiliki ciri ciri complete attacker. Beliau pemain yang sangat fizikal, dan pada masa yang sama banyak terlibat dengan build up.

Dan tak lupa juga, Haaland seorang pemain yang sangat pantas, dengan mengambil kira saiz badannya.

4. Naik top 10

Walaupun hanya bermain di Bundesliga bermula Januari, namun Erling Haaland kini sudah menempatkan diri dalam senarai top 10 penjaring Bundesliga.

Pemain Norway itu kini di ranking kesembilan pada saat ini. Ia rekod yang sangat luar biasa daripada Erling Braut Haaland.

Rumusan

Erling Haaland kini dalam prestasi terbaik beliau dan sukar untuk dihentikan. Pemain yang rajin dan juga berani di atas padang.

Tahap keyakinan diri Erling Haaland memang luar biasa. Sukar untuk melihat pemain remaja yang memiliki keyakinan seperti beliau. Hanya dimiliki pemain remaja elit seperti Kylian Mbappe.

Beliau berjaya membantu Borussia Dortmund kekal dalam persaingan Bundesliga. Hanya dibezakan 4 mata dengan pasukan di tangga teratas Bayern Munich.

Berapa gol agaknya yang akan dijaringkan oleh Erling Haaland musim ini?

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang