Statistik: Hebatnya Rekod Gol Mo Salah, Dan Crouch Turut Klaim

Mohamed Salah meneruskan prestasi prolifik beliau bersama dengan Liverpool. Beliau menjaringkan satu gol dalam kemenangan 2-1 Liverpool ke atas Bournemouth semalam.

Gol penyamaan, selepas The Reds ketinggalan awal menerusi gol oleh Callum Wilson dalam aksi di Anfield.

Liverpool dalam usaha mereka mahu menamatkan rekod kekalahan yang dialami dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

Satu lagi gol Liverpool adalah menerusi Sadio Mane yang menjaringkan gol kemenangan pasukan The Reds.

Sadio Mane dan Mohamed Salah terus menjadi mimpi ngeri kepada pertahanan lawan pada musim ini. Sadio Mane turut meningkatkan kualiti ketajaman beliau di hadapan gol.

Dan gol itu telah meletakkan nama Salah dalam catatan sejarah. Di mana pemain antarabangsa Mesir itu sudah menjaringkan 70 gol dalam jersi Liverpool – sejak menyertai mereka pada 2017.

Angka itu dicatatkan pada penampilan seabad / ke-100 beliau bersama dengan Liverpool.

Dengan jumlah gol pada penampilan ke-100. Beliau kini sudah menjadi pemain Liverpool paling banyak gol dalam 100 penampilan pertama dalam liga.

Mo Salah menerima hantaran Sadio Mane dan merembatnya rendah ke penjuru gol.

Dengan rekod itu, Salah kini mengatasi ramai penyerang handalan Liverpool yang lain.

Beliau mengatasi:

  • Fernando Torres (63 gol)
  • Robbie Fowler (62 gol)
  • Luis Suarez (62 gol)
  • Michael Owen (54 gol)

Selain daripada itu Mohamed Salah kini sudah mencecah angka 20 gol semusim dalam semua pertandingan selama tiga musim berturut – turut.

One season Wonder?

Bahkan, Fernandon Torres dan Luis Suarez tidak mampu melakukannya.

Namun pencapaian Mo Salah itu mendapat perhatian Peter Crouch yang turut menyertakan dirinya di dalam senarai pesaing.

Crouch memang kita kenali, sebagai seorang bintang yang suka bergurau dan kelakar di media sosial.

Crouch turut mengklaim Salah juga berjaya mengatasi beliau, selain daripada penyerang penyerang legenda Liverpool yang lain.

Crouchy berkata: “Salah telah menjaringkan 70 gol dalam 100 perlawanan untuk Liverpool. Itu lebih daripada Suarez, Torres, Fowler, Owen dan Crouch, selepas 100 penampilan. Impressive.”

Mohamed Salah telah menjadi pemain top 5 terbaik di dunia sejak menyertai Liverpool pada 2017 daripada AS Roma.

Beliau sudah memenangi 2 kasut Emas EPL berturut turut. Dan musim ini masih berada dalam landasan persaingan.

Beliau pernah menjaringkan 32 gol pada 2017/18, pencapaian terbaik beliau setakat ini dalam aksi di liga utama Eropah.

Musim lalu, Mo Salah agak sukar untuk mendapatkan prestasi terbaiknya. Awal musim beliau mengambil masa untuk recover daripada kecederaan dialaminya.

Mohamed Salah adalah penyerang sayap yang prolifik yang dikenali dengan kepantasan dan keupayaannya untuk cut inside and score.

Musim ini beliau dalam misi untuk membantu Liverpool menamatkan kemarau penantian 30 tahun kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Selepas ini, Liverpool ada misi untuk mengatasi defisit 1 gol – ketinggalan dalam perlawanan pertama pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah berhadapan dengan Atletico Madrid.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.