Statistik Indah Ben Chilwell Dan Thiago Silva vs Palace

Chelsea menang mudah ke atas Crystal Palace dalam aksi keempat Liga Perdana Inggeris mereka musim ini.

Frank Lampard semakin hampir mengumpulkan kesemua pemain mahalnya dalam satu pasukan. Hanya tinggal Ziyech sahaja lagi yang belum membuat debut.

Chelsea menang 4-0 ke atas Palace dalam aksi yang dikuasai oleh Chelsea.

Ben Chilwell membuka tirai jaringan untuk The Blues. Kemudian Kurt Zouma menjaringkan gol kedua menerusi tandukan pacak deras ke dalam gawang Palace.

Tidak cukup dengan itu Chelsea menambah dua lagi gol menerusi Jorginho yang mendapat 2 penalti lewat perlawanan.

Salah satu daripada penalti itu menyaksikan insiden berebut nak ambil penalti antara Jorgingo dan Tammy Abraham. Sampai Azpilicueta terpaksa masuk campur sebab kedua duanya degil.

Namun dalam perlawanan ini yang menarik perhatian adalah prestasi Ben Chilwell dan Thiago Silva di back 4 Chelsea.

Ben Chilwell menjaringkan 1 gol dan satu assist dalam perlawanan ini. Sekaligus menjadi calon pilihan utama untuk MOTM.

Ini juga merupakan debut bersama Chelsea untuk bekas pemain Leicester itu.

Chilwell sudah merekodkan penampilan seabadnya dalam EPL.

Chilwell turut menjadi pemain ketiga yang menjaringkan gol dan assist dalam debut Liga Perdana Inggeris – selepas Deco pada 2008 dan Alvaro Morata pada 2017,

Selain itu Chilwell melakukan 3 hantaran bahaya, 3 pintasan, 11 hantaran lintang dan memenangi 66.7% duel udara. Serta tidak dapat diatasi oleh pemain Palace dalam kesemua duel atas padang

Seterusnya kita lihat pula statistik Thiago Silva. Pemain berusia 36 tahun itu nampak sangat cergas dalam perlawanan ini. Dah nampak macam muda 10 tahun daripada usianya pun ada.

Selepas debut yang menyeramkan, Silva akhirnya settle down dalam perlawanan ini. Beliau melakukan 111 hantara dengan 107 adalah tepat. 74 daripadanya adalah hantaran ke depan dengan 70 hantaran ke depan tepat.

Beliau juga merekodkan 5 pemulihan daripada ancaman, seterusnya 2 pintasan dan 4 daripada 4 bola berjaya dikeluarkan.

Silva menjadi pemain yang penting dalam duel dan juga pengalamannya sangat berguna dalam perlawanan ini.

Kesannya pasukan lawan gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat / on target sepanjang perlawanan.

Prestasi cemerlang daripada 2 pemain dalam kuartet pertahanan Chelsea.

Membara!

Rata rata penyokong Chelsea teruja dengan prestasi Chilwell dan Thiago Silva pada hari ini.

Baca yang lain