Statistik Ini Bukti Nunez Kunci Penting Kejuaraan Perisai Komuniti Liverpool Termasuk Low Flick Header

Darwin Nunez diletakkan di bangku simpanan dalam aksi Perisai Komuniti di Stadium King Power.

Penyerang yang dibeli dengan nilai EUR85 juta itu dan boleh menjadi EUR100 juta selepas bonus tambahan, melalui pra musim yang agak sukar. Walaupun dia menjaringkan 4 gol ketika menentang RB Leipzig sebelum ini.

Kemasukan Nunez memberikan impak besar kepada Liverpool. Manchester City menyamakan kedudukan pada minit ke-70.

Nunez membantu Liverpool memenangi penalti apabila tandukannya terkena pada tangan Ruben Dias. Pengadil memberikan penalti kepada Liverpool. Dan dengan mudah disempurnakan Mohamed Salah.

Ketika Manchester City tengah rancang menyerang, Darwin Nunez memastikan Liverpool selesa dengan 2 gol di hadapan masa kecederaan minit ke-90+4.

Darwin Nunez melakukan low flick header yang sangat cantik dan tepat menerjah gawang. Korang saksikan momen itu di sini:

Secara keseluruhan Nunez mencipta statistik yang sangat baik. Walaupun cuma beraksi kira kira 30 minit, penyerang Uruguay itu terlibat dalam 11 sentuhan bola. Mencatatkan 100% hantaran tepat.

Beliau juga melakukan 4 percubaan ke arah gol, terbanyak dalam perlawanan ini. Sempat mencetak 2 on target, satu penalti dimenangi dan satu gol.

Tanpa prestasi Nunez ini, Liverpool mungkin menanggung nasib berbeza dalam final kali ini.

Liverpool menang 3-1 dalam aksi Perisai Komuniti 2022/23. Yang menandakan bahawa tinggal seminggu lagi, musim sebenar bola sepak Inggeris akan bermula.

Selepas tamat perlawanan, Ruben Dias turut mengucapkan tahniah kepada Darwin Nunez. Di mana kedua duanya pernah bermain untuk Benfica.

 

Baca yang lain