Edouard Mendy dianggap sebagai salah satu nama tercicir yang paling tidak munasabah dalam sejarah Ballon d’Or.
Ini selepas prestasi cemerlang penjaga gol asal Senegal itu ketika bersama dengan Chelsea sejak dua musim lalu.
William Hill tampil dengan statistik yang mencabar keputusan Ballon d’Or tidak menyenaraikan Mendy dalam senarai akhir atau sekurang kurangnya 30 senarai pendek untuk calon akhir Ballon d’Or 2021.
Edouard Mendy malah sebelum ini tertanya tanya, dia mungkin akan berada dalam 30 senarai calon akhir itu jika dia lahir di Perancis?
Mungkin Ballon d’Or terlepas pandang kepada Mendy kerana dia tidak beraksi dalam Euro? Kata Mendy lagi.
“Adakah ini adil untuk Senegal?” soal Mendy.
“Perkara seperti ini memberikan motivasi kepada saya untuk bekerja lebih keras. Jujur, saya sendiri tertanya tanya [kenapa namanya tiada dalam senarai 30 akhir].”
“Jika saya bermain untuk Perancis dan bermain dalam Euro, mungkinkah kita akan ada perdebatan dan tanggapan seperti ini?”
Berikut adalah senarai 30 akhir untuk Ballon d’Or 2021 yang dikeluarkan sebelum ini.
- Cesar Azpilicueta (Chelsea)
- Nicolo Barella (Inter Milan)
- Karim Benzema (Real Madrid)
- Leonardo Bonucci (Juventus)
- Kevin De Bruyne (Manchester City)
- Giorgio Chiellini (Juventus)
- Cristiano Ronaldo (Manchester United)
- Ruben Dias (Manchester City)
- Gianluigi Donnarumma (Paris Saint-Germain)
- Bruno Fernandes (Manchester United)
- Phil Foden (Manchester City)
- Erling Haaland (Borussia Dortmund)
- Jorginho (Chelsea)
- Harry Kane (Tottenham)
- N’Golo Kante (Chelsea)
- Simon Kjaer (AC Milan)
- Robert Lewandowski (Bayern Munich)
- Romelu Lukaku (Chelsea)
- Riyad Mahrez (Manchester City)
- Lautaro Martinez (Inter Milan)
- Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)
- Lionel Messi (Paris Saint-Germain)
- Luka Modric (Real Madrid)
- Gerard Moreno (Villarreal)
- Mason Mount (Chelsea)
- Neymar (Paris Saint-Germain)
- Pedri (Barcelona)
- Mohamed Salah (Liverpool)
- Raheem Sterling (Manchester City)
- Luis Suarez (Atletico Madrid).
Ini adalah beberapa statistik yang menyokong kenapa Mendy berhak mendapat penghargaan tertinggi sebagai penjaga gol terbaik di dunia ketika ini.
Mendy memiliki kadar saves luar biasa
Dalam rekod, terdapat kira kira 130 orang penjaga gol yang bermain sekurang kurangnya 2 perlawanan dalam liga utama Eropah musim ini.
Di kalangan mereka, Edouard Mendy menciptakan rekod sebagai penjaga gol dengan ratio saves yang tertinggi.
Mendy setakat ini sudah bermain 13 perlawanan. Mencipta 86.5% save selepas berhadapan dengan 37 percubaan tepat. Itu bermakna Mendy menyelamatkan 32 daripadanya.
Berdasarkan penyelamatan vs percubaan on target yang dihadapinnya, Edouard Mendy menjadi penjaga gol yang paling banyak menghalang on target lawan daripada masuk di Liga Perdana Inggeris musim ini. Tiada penjaga gol lain lebih bagus daripada beliau.
Mendy merekodkan 7 clean sheets. Lebih tinggi daripada angka bolos beliau iaitu 5.
Seterusnya, Edouard Mendy mencipta kadar saves tertinggi di UCL sejak musim lalu, bagi penjaga gol yang bermain 5 perlawanan dan lebih. Dalam pada masa yang sama, beliau turut menjadi penjaga gol dengan clean sheets terbanyak di kalangan mereka.
Mendy hanya dibolosi 4 kali daripada 17 perlawanan UCL terakhirnya.
Selain itu, tiada penjaga gol yang melakukan clean sheets lebih banyak daripada Mendy dalam satu musim UCL. Menyamai rekod Canizares pada 2000/01 dan Keylor Navas pada 2015/16, dengan 9 kali clean sheet dalam semusim UCL.
Mendy bermain 12 aksi UCL, merekodkan 9 clean sheets dan hanya bolos 3 kali musim lalu di UCL. Menjadikan Mendy sebagai pemegang rekod baharu untuk clean sheets terbanyak dilakukan penjaga gol dalam musim debut mereka di UCL.
Pada tahun ini, Mendy bermain 50 kali untuk kelabn dan negaranya. Mencatatkan 27 clean sheets dalam tahun 2021 dan hanya bolos 29 kali.
Sejak menyertai Chelsea, Mendy bermain 62 perlawanan. Mencatatkan 36 clean sheets. Jumlah clean sheets beliau sama dengan jumlah bolos beliau iaitu 36. Power kan?
Beliau sudah memenangi UCL, Piala Super Eropah dalam kariernya bersama Chelsea.
Dan di sebalik kehebatan statistik beliau di atas dalam dua musim terkahir ini, Mendy masih gagal berada dalam pencalonan akhir Ballon d’Or. Malah tidak berada dalam senarai 30 akhir sekalipun.
Di mata France Football, Edouard Mendy tidak cukup bagus untuk mencabar Ballon d’Or.
Seterusnya, Mendy turut tewas dalam perebutan Anugerah Yachine yang mengiktiraf penjaga gol terbaik pada malam gala Ballon d’Or. Mendy tewas di tangan Donnarumma dalam perebutan tersebut.
Ballon D’Or tahun ini dimenangi oleh Lionel Messi. Ianya anugera bola emas ketujuh dalam sejarah kariernya.