Statistik: Kane 4 Gol Sahaja Daripada Rekod Gol Rooney Bersama England

Harry Kane kini hanya 4 gol sahaja lagi untuk menyamai rekod gol Wayne Rooney sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk 3 Singa.

Kini untuk memecahkan rekod Rooney dan menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman, lebih kepada persoalan bila berbanding dengan mampu atau tak.

Kane sudah menjaringkan 49 gol untuk England dan baru berusia 28 tahun. Terlalu banyak masa untuk Kane melakukannya. Kane pada ketika ini 52 perlawanan kurang daripada Wayne Rooney untuk England.

Kane kini menyamaai rekod Sir Bobby Charlon dengan 49 gol dalam rekod gol antarabangsa England sepanjang zaman.

7 tahun lalu, Rooney menjaringkan gol ke-50 peringkat antarabangsa untuk membolehkan dia memecahkan rekod panjang dipegang oleh Bobby Charlton di England.

18 bulan selepas gol itu, Rooney sekali lagi memecahkan rekod Sir Bobby Charlton, kali ini di peringkat kelab sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah Manchester United.

Sukar untuk dipercayai apabila memikirkan Kane masih belum pernah menjulang sebarang trofi di peringkat senior dengan rekod gol luar biasa miliknya.

Kane berpotensi besar bersara sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk 3 Singa, penjaring terbanyak dalam sejarah Spurs.

Sudah pastinya Kane berada dalam buku sejarah kerana prestasi individunya. Walaupun secara berpasukan Kane agak malang.

Kane mahu menjadi penyerang terbaik dalam lipatan sejarah England

Bercakap kepada Alan Shearer tentang rekod golnya, Kane berkata: “Saya nak bermain sebanyak mana perlawanan yang mungkin. Saya sentiasa bersedia sepanjang masa di mana jua.”

“Saya akan gembira untuk memecahkan rekod itu. Harapan saya, dengan perlawanan perlawanan yang ada tahun ini, saya harap ianya dapat dilakukan [tahun ni juga].”

“Saya berada di dalam kedudukan terbaik pada masa ini.”

Berikut adalah carta perbandingan antara gol Kane dan Rooney.

Kane:

Perlawanan: 68

Minit: 5,310 minit

Gol: 49 gol

Gol dalam Aksi kompetitif: 43 gol

Gol dalam perlawanan persahabatan: 6 gol

Gol per perlawanan: 0.72 minit per perlawanan

Minit per gol: 169 minit per gol

Wayne Rooney

Perlawanan: 120

Minit: 8,966

Gol: 53

Gol Dalam Aksi kompetitif: 37 gol

Gol Dalam Perlawanan Persahabatan: 16 gol

Gol per perlawanan: 0.44 gol per perlawanan

Minit per gol: 189 minit per gol

 

Berdasarkan rekod di atas, Harry Kane memiliki rekod ketajaman yang sangat luar biasa berbanding dengan Rooney.

Kane malah menjadi penjaring gol England yang paling banyak menjaringkan gol di pentas major ataupun perlawanan kompetitif dengan 43, ataupun 88% golnya adalah daripada aksi kompetitif.

Piala Dunia 2022 adalah satu lagi peluang untuk Kane cuba memenangi piala major selepas hampir melakukannya dalam Euro 2020 yang lalu.

Dua kali Kane gagal di pentas Eropah. Pertamanya dalam aksi Euro, kalah di tangan Itali dalam final. Sebelum itu di peringkat kelab di mana Spurs tewas di tangan Liverpool dalam aksi final Liga Juara Juara Eropah.

Harry Kane awal musim ini dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City kerana mahu mendapatkan trofi pertama dalam kariernya.

Namun hasratnya dihalang oleh Spurs dan Daniel Levy. Kane beberapa tahun lalu, melanjutkan kontrak bersama Spurs dan menyatakan ada kesepakatan ‘gentleman agreement’ antara dia dan kelab. Jika kelab gagal memenangi trofi dalam masa 3 tahun, dia akan dibenarkan untuk meninggalkan Spurs.

Malangnya, Kane dilarang pergi ke kelab seteru dalam England. Dan pada masa yang sama Levy meminta harga yang tidak masuk akal untuk Harry Kane. Bayangkan Levy menolak bidaan GBP100 juta daripada City untuk mendapatkan Harry Kane.