Satu statistik dikeluarkan oleh oleh L’Equipe menunjukkan purata garisan pertahanan berdepan dengan kelab lain.
Dan semakin rendah purata jarak itu bermakna makin berkampunglah sesuatu pasukan itu secara bertahan. Atau bahasa Jose Mourinho-nya, Park The Bus.
1. Arsenal
Arsenal pasukan paling teruk berdepan dengan lawan yamg parking bas dengan purata garisan pertahanan lawan 36.6 meter sahaja.
Skuad Mikel Arteta bagaimanapun setakat ini secara keseluruhannya telah berjaya memecahkan blok tersebut.
Mereka memiliki ramai pemain berbakat untuk memecahkan blok rendah terutama sekali kapitan Odegaard.
2. Bayer Leverkusen
Tangga kedua adalah pasukan bimbingan Xavi Alonso iaitu Bayer Leverkusen dengan 38.18 meter diikuti dengan Reims dengan 38.81 meter.
Xavi Alonso mengubah Leverkusen menjadi pasukan yang bermain di garisan tinggi di atas padang dengan sistem permainan mirip Guardiola.
Bayer Leverkusen fundamental principles of play under Xabi Alonso:
• backward passes to trigger pressure from opposition
• positional rotation to create space
• central progression
• minimum width/ close connections in final thirdpic.twitter.com/wTJzL5xq8c— Gaurav (@GauravAnlyst) October 1, 2023
3. Chelsea
Mungkin agak mengejutkan kerana reputasi Chelsea awal musim ini tidak begitu bagus.
Mauricio Pochettino ternyata ada fakta dalam hujahnya ketika dia berkata pasukannya banyak menyerang dan menekan lawan. Chelsea kini menjadi pasukan kelima paling teruk berdepan dengan taktikal low block ini.
Pochettino selalu memuji pemainnya yang berjaya melaksanakan taktikal yang dia mahukan namun sentiasa merungut tentang penyudah di hadapan gol setakat ini.
4. Manchester City
Seterusnya Man City di tangga keenam dengan purata 39.88 meter. Mereka bukan pasukan yang bermain paling tinggi di atas padang ketika ini namun lawan mereka sentiasa menetapkan low block untuk berdepan juara treble ini.
Empat lagi pasukan adalah:
7. Napoli – 40.26m
8. Atalanta – 40.42m
9. Osasuna – 40.48m
10. PSG – 40.61 m