Statistik Membuktikan Benzema Benar Benar Boikot Vincius Dan Tak Nak Passing Dia

Karim Benzema menjadi topik panas minggu ini gara gara bersumpah atas hayat ibunya bahawa Vinicius Jr bermain untuk pihak musim dalam aksi Real Madrid berdepan dengan Borussia Mochengladbach di Borussia Park.

Real Madrid memerlukan kebangkitan lewat untuk mendapatkan 1 mata daripada perlawanan ini selepas berhempas pulas – ketinggalan dua gol di belakang.

Zinedine Zidane menyatakan persembahan pasukannya di separuh masa kedua adalah karakter sebenar Real Madrid. Berbeza dengan separuh masa pertama.

Jangan passing kat Vinicius – Benzema

Ketika pemain mahu memasuki padang selepas rehat separuh masa, Karim Benzema sempat merayu agar Ferland Mendy jangan hantar bola kepada Vinicius Jr.

Klip video pendek tersebut dipaparkan oleh siaran tv di Perancis dan ia membuatkan ramai terkejut melihat insiden itu.

Ramai juga mempertikaikan sama ada video itu benar ataupun sebaliknya? Namun RMC dan GFFN -portal terkenal di Perancis melaporkan bahawa laporan itu benar.

Benzema tidak berpuas hati dengan cara Vinicius yang terlalu individu dan suka menggelecek dan kerapkali hilang bola di kawasan lawan yang mencetuskan serangan balas lawan mereka.

Benzema berkata kepada Ferland Mendy: “Saudaraku, jangan bagi bola kat dia [Vinicius]. Bersumpah atas nyawa ibu saya, dia bermain menentang kita [bermain untuk pihak musuh].”

Ferland Mendy nampak hanya mendengar sahaja permintaan rakannya itu.

Statistik Opta: Benzema tak passing Vinicius langsung separuh masa kedua

Opta Jose tampil dengan satu statistik yang boleh menyokong video tersebut.

Di mana menurut Opta: ‘Karim Benzema tidak menghantar bola kepada Vinicius Jr walaupun sekali pada separu masa kedua. Sedangkan beliau menghantar bola sebanyak 3 kali kepada pemain itu pada separuh masa pertama’.

Nampak gayanya Benzema benar benar menganggap Vinicius hari itu bermain untuk pihak musuh dan bukannya Real Madrid.

Benzema berjaya membantu pasukannya daripada diaibkan sekali lagi dalam kempen musim ini.

Real Madrid terselamat daripada pulang hampa

Pada separuh masa kedua, Real Madrid bangkit menerusi gol pada minit akhir dan masa kecederaan.

Casemiro menjadi wira Real Madrid dengan 1 gol dan assist.

Benzema menjaringkan gol pada minit ke-87 sebelum Casemiro menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.

Ramai juga tidak bersetuju dengan cara Karim Benzema yang dianggap celupar dan boleh menghancurkan keyakinan pemain muda.

Benzema memang dikenali dengan sikapnya yang cakap lepas dan terlalu berterus terang. Sebelum ini beliau melukai hati Giroud dengan melabel pemain itu tak layak dibandingkan dengannya.

Kerana mereka berdua ibarat kereta formula 1 dan gokart.

Agak ironi kerana kini gokart itu sudah menjadi salah seorang penjaring terbanyak sepanjang zaman di negaranya.

Dalam minggu antarabangsa yang lalu, Giroud menjadi penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman selepas Thierry Henry. Giroud mengatasi Michel Platini.

Karim Benzema masih disisihkan daripada pasukan kebangsaan Perancis. Dan beliau sendiri sangat kecewa dengannya. Musim lalu Benzema menjadi watak utama dalam kejayaan Real Madrid menjulang kembali trofi LaLiga.

Benzema menjaringkan banyak gol dan beraksi dalam prestasi terbaiknya.

Baca yang lain