Statistik Menunjukkan Alisson Adalah Penjaga Gol Paling ‘Tak Buat Kerja’ Setakat Ini

Brazil telah pun mengesahkan tempat tiket ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2022. Namun di sebalik kejayaan mereka, Alisson Becker kini menjadi penjaga gol paling tenang di gawang.

Boleh dikatakan Alisson ‘tak buat kerja’ lagi setakat ini.

Selepas dua perlawanan, Brazil menang kedua duanya, dengan kemenangan 2-0 ke atas Serbia dan 1-0 ke atas Switzerland.

Dari segi serangan, Brazil melakukan 36 percubaan ke arah lawan mereka dengan 14 percubaan tepat atau on target dalam tempoh tersebut.

Ianya tidak menghairankan memandangkan Brazil memang dikenali dengan bola sepak menyerang dan bergantung kepada bakat berkualiti yang mereka ada.

Di sebalik ancaman berterusan di hadapan gol ke atas lawan mereka, Brazil juga sebenarnya memiliki unit pertahanan yang sangat ampuh.

Mereka benar benar melindungi penjaga gol mereka daripada sebarang ancaman.

Menurut Squawka, setakat ini, lawan mereka cuma melepaskan 11 percubaan ke arah gawang Brazil. Dan tak satu pun yang tepat atau on target.

Ini menjadikan Alisson tidak perlu melakukan sebarang save setakat ini. Dia lebih banyak menjadi pemerhati dan melakukan sepakan gol.

Keadaan tersebut benar benar berbeza dengan situasi di Liverpool musim ini. Di mana kelab tersebut bergelut dengan isu pertahanan. Masih juga Alisson cemerlang melakukan banyak aksi menyelamat yang penting.

Prestasi cemerlang Alisson secara individu membuatkan dia terus diberikan kepercayaan sebagai penjaga gol utama Brazil.

Duo pertahanan veteran Thiago Silva (38 tahun) dan Marquinhos (28 tahun) menjadi kunci kepada tembok kebal Brazil.

Ditambah dengan Casemiro yang merupakan tembok pertama yang menyapu bola dan melindungi barisan pertahanan akhir Brazil.

Tite, yang sebelum ini mendapat kritikan kerana terus memberikan kepercayaan kepada pemain seperti Thiago Silva yang dianggap sudah terlalu tua.

Namun ternyata pemain itu memberikan impak yang sangat berkesan dalam Piala Dunia kali ini.

Pengurus Serbia antara yang mengingatkan wartawan tentang kekuatan pertahanan Brazil.

“Kita selalu bercakap tentang gandingan sehingga 4 penyerang mereka dalam padang. Namun bagaimana pula dengan pertahanan mereka? Brazil ada pertahanan yang ampuh,” tegas Dragan Stojković,

Tite malah menganggap Silva seorang pemimpin yang liar dan buas! Dia menggemari karakter pemain pertahanan veteran itu.

“Dia seperti ‘haiwan. Dengan pengalaman dan naluri yang luar biasa, dia seorang pemimpin yang hebat dan boleh menjadi contoh kepada rakan-rakannya,” kata pengendali dari Brazil itu.

Brazil akan berdepan dengan Cameroon pada aksi terakhir mereka. Adakah Brazil akan dapat meneruskan kekebalan mereka sepanjang peringkat kumpulan?

Baca yang lain