‘Statistik Mount vs Wolves Bukti Man United Perlukan Amrabat’

Mason Mount bergelut untuk menunjukkan prestasi terbaiknya dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris bagi Manchester United.

Di mana statistiknya sangat mengejutkan. Sehingga peminat Man United menyemak semula kalau kalau ianya dikeluarkan oleh laman parodi.

Mount tidak menyumbang kepada assist atau gol. Ini mungkin tidak mengapa. Namun yang mengecewakan apabila dia gagal melakukan sebarang hantaran lintang tepat atau mencipta sebarang peluang.

Di tengah dia gagal berdepan dengan intensiti Wolves yang tinggi dan tidak dapat melakukan sebarang duel berjaya ataupun bentesan.

Ada peminat Man United menggesa kelab itu mempercepatkan pembelian Amrabat. Kerana Mason Mount bukan pemain yang bagus ketika bertahan atau memulakan playmaking.

Dia lebih kepada penerima bola di zon atas. Mount didakwa telah mendedahkan bahawa Casemiro menjadi mangsa untuk berdepan banyak situasi di mana dia berdepan ramai pemain secara berseorangan.

Ini kerana Mount dan Bruno Fernandes berada di zon terlalu tinggi dan kedua duanya tidak banyak membantu di pertahanan.

Seorang lagi peminat Man United turut mendesak Amrabat harus dibeli segera kerana Mason Mount lebih kepada ‘back up’ kepada Bruno Fernandes berbanding sebagai gandingan pemain itu.

Menurut Qassinn, Mount juga menanggung beban yang berat memakai jersi no.7. Jadi Amrabat perlu dibeli segera!

Mungkin terlalu awal untuk menilai prestasi Mason Mount. Memandangkan ini perlawanan pertamanya secara kompetitif bersama Man United.

Amrabat merupakan pemain yang lebih kepada ‘pekerja’ dalam padang dan dia juga seorang ball progressor dari bawah yang sangat baik.

Seorang peminat berkongsi salah satu video yang menunjukkan kenapa Amrabat adalah pemain yang mereka perlukan.

Saksikan:

Amrabat dipercayai akan menyelesaikan isu kestabilan di tengah untuk Man United.

Manchester United dalam rundingan mendapatkan Amrabat sejak beberapa minggu lalu. Pemain itu sudah memberitahu dia cuma mahu ke Manchester United dan menolak sebarang usaha kelab untuk menjualnya ke Arab Saudi.

Namun laporan terbaru The Guardian agak mengecewakan peminat United kerana kelab mereka dikatakan tidak mengambil langkah seterusnya yang lebih pro aktif.