Dalam aksi berdepan Crystal Palace, Neco Williams telah dimasukkan pada minit ke-74.
Liverpool menang 4-0 dalam aksi berhadapan dengan Crystal Palace yang berlangsung di Anfield.
Trent Alexander-Arnold membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma yang sangat cantik.
Mohamed Salah kemudian menjaringkan gol kedua dengan kombinasi menarik bersama dengan Fabinho.
Selepas melakukan assist kepada Mo Salah, Fabinho sendiri melakukan gol cantik yang menewaskan Wayne Hennessy.
Dan gol keempat Liverpool adalah menerusi Sadio Mane.
Dalam perlawanan ini, Liverpool beraksi sangat cemerlang berhadapan dengan pasukan yang kelihatan hilang motivasi bersama sekali selepas Wilfried Zaha dikeluarkan.
Palace malah gagal melakukan sebarang sentuhan di dalam kotak penalti Liverpool.
Tumpuan turut ke arah Neco Williams. Pemain yang sebelum ini cemerlang bersama pasukan cup competition oleh Liverpool.
Pemain muda dari Wales, Williams masuk menggantikan Trent Alexander-Arnold.
Beliau telah menunjukkan aksi yang memukau.
Williams nampak sangat tak kekok di atas padang beraksi bersama pemain pemain pemain lain.
Sayangnya beliau tidak dapat menjaringkan gol dalam aksi ini.
Antara aksi memukau adalah ketika mengumpan untuk Mo Salah di mana beliau melakukan killer pass yang sangat kemas dan tepat.
Dalam masa 16 minit aksi di atas padang, Neco Williams mencatatkan:
– 35 sentuhan
– 23 hantaran dengan ketepatan 95.8%
– 2 bentesan
– 3/4 ground duels dimenangi
– 1 percubaan tepat
– 1 percubaan dihadang
Prestasi cemerlang Neco Williams membuatkan beliau menjadi bualan para peminat.
Neco Williams cameo vs. Crystal Palacehttps://t.co/uZRodairal
— ً (@LSComps) June 24, 2020
Williams memenuhi kriteria kehendak Klopp. Pemain yang mampu naik dan mencipta peluang gol. Selain daripada memiliki keupayaan mengiring bola.
Neco Williams masterclass vs. Crystal Palacehttps://t.co/YjgicM9WQH
— Jeff Tymer 🇬🇭🏴 (@Jeff_Tymer_) June 25, 2020