Statistik Penalti Ini Menunjukkan Ronaldo Jauh Lagi Padu, Namun Bukan No.1

Penalti merupakan salah satu perkara yang sangat penting di dalam bola sepak. Namun bukan semua mampu menjadi pengambil sepakan penalti.

Ini kerana ianya memerlukan ketenangan, konsentrasi dan teknik yang bagus.

Di kalangan pemain elit pada hari ini, berikut adalah catatan statistik ketajaman penalti diorang.

10. Antoine Griezmann

Rekod: 17 dijaringkan, 8 gagal
Tahap kejayaan: 68 peratus

Rekod ini tidak cukup bagus untuk menjadi pengambil penalti no.1 di Barcelona. Harap maklum.

9. Lionel Messi

Rekod: 89 menjaringkan, 26 gagal
Tahap kejayaan: 77 peratus

Pengambilan sepakan penalti mungkin merupakan aspek paling lemah dalam permainan Lionel Messi berbanding dengan aspek lain. Dia masih power, namun di antara aspek permainannya, inilah yang merisaukan beliau.

8. Sergio Aguero

Rekod: 46 dijaringkan, 13 gagal
Tahap kejayaan: 78 peratus

Rakan sepasukan Messi di dalam pasukan kebangsaan, Sergio Aguero juga gagal mencatatkan penalti di atas 80 peratus. Tak hairanlah beliau bukan pengambil sepakan penalti yang utama di City.

7. Neymar

Rekod: 51 dijaringkan, 13 gagal
Tahap kejayaan: 80 peratus

Neymar ternyata memiliki rekod penalti yang agak baik. Namun sebelum ini di PSG, Cavani adalah pengambil sepakan penalti yang utama. Sampai bergaduh diorang.

6. Mohamed Salah

Rekod: 13 dijaringkan, 3 gagal
Tahap kejayaan: 81 peratus

Salah bukan pengambil sepakan penalti yang utama di Liverpool — di belakang Milner. Namun Milner musim ini banyak di bangku simpanan.

5. Luis Suarez

Rekod: 40 dijaringkan, 9 gagal
Tahap kejayaan: 82 peratus

Luis Suarez adalah salah seorang penyerang no.9 terbaik dalam generasinya, jadi tidak hairanlah apabila dia hanya gagal dalam 9 penalti sahaja di dalam karienya.

4. Harry Kane

Rekod: 37 dijaringkan, 7 gagal
Tahap kejayaan: 84 peratus

Harry Kane adalah pengambil sepakan penalti yang paling boleh harap di dalam pasukan England ketika ini. Ratio kesempurnaannya sangat tinggi.

3. Cristiano Ronaldo

Rekod: 121 dijaringkan, 22 gagal
Tahap kejayaan: 85 peratus

Ronaldo jauh meninggalkan Lionel Messi dari segi ratio ketepatan penalti. Walaupun 22 kali miss di dalam kariernya, namun peratusan ketepatannya masih tinggi.

2. Karim Benzema

Rekod: 15 dijaringkan, 2 gagal
Tahap kejayaan: 88 peratus

Karim Benzema tidak memiliki banyak peluang untuk melakukan penalti sepanjang kariernya, tetapi dia sentiasa memiliki keupayaan tinggi untuk menjaringkan gol setiap kali ada peluang.

Beliau dibayangi pemain lain di dalam pasukan Real Madrid

1. Eden Hazard

Rekod: 49 dijaringkan, 7 gagal
Tahap kejayaan: 88 peratus

Hazard memiliki ratio penalti yang sangat tinggi dari segi kesempurnaannya. Setiap kali beliau berada di penalty spot, peminat akan menjangkakan gol.

Baca yang lain