Statistik Penyerang Di EPL, Adakah Joelinton Paling Gagal?

Pada perlawanan malam tadi Joelinton telah menjaringkan gol ke-2 peribadi -Liga- musim ini.

Newcastle United menewaskan Sheffield United 3-0 di St James Park, terima kasih pengadil kerana melayangkan kad merah kepada pertahanan tengah Sheffield United, John Egan.

Matt Ritchie menggandakan jaringan 19 minit selepas Egan diarah keluar padang.

Joelinton melengkapkan kemenangan bergaya pasukan yang masih hangat dalam proses jual kepada orang kaya arab.

Melihat kebelakang, pemain kelahiran Brazil itu dibeli dengan harga £ 40 juta bagi menggantikan Solomon Randon.

Musim sebelumnya Newcastle menggunakan khidmat Randon bagi menggalas tugas penyerang utama pasukan.

Randon dipinjam dari kelab championship -West Brom Albion- berjaya mencetak 11 gol sepanjang musim.

Khidmatnya tidak diteruskan pada musim ini dan Newcastle memutuskan membeli Joelinton.

Harga £ 40 juta tersebut menjadikan Joelinton antara penyerang paling mahal di Liga Perdana Inggeris.

Manchester United membayar £ 36 juta ketika mendapatkan Anthony Martial dan yuran itu berpotensi menjadi £ 58 juta.

Sementara itu Arsenal pula membayar £ 46.5 juta untuk mendapatkan Alexandre Lacazette. Bayaran itu juga berpotensi meningkat kepada £ 52 juta.

West Ham United memecah rekod kelab apabila membeli Sebastian Haller dengan harga £ 45 juta, berpotensi menjadi £ 50 juta.

Newcastle tidak mahu ketinggalan menggunakan ‘penyerang mahal’ apabila mengeluarkan wang sebanyak £ 40 juta untuk Joelinton.

Bagaimanapun, harga tidak semestinya menjadikan seorang penyerang itu unggul di depan pintu gol.

Joelinton adalah contoh terbaik. Newcastle dilihat secara langsung gagal menilai pemain itu pada harga yang betul.

Walaupun Rafa Benitez mengatakan Joelinton sebenarnya berada pada harga £ 20 juta, namun kelab tetap beranggapkan dia boleh dibeli dengan harga £ 40 juta.

STATISTIK PENYERANG UTAMA SETIAP PASUKAN

Liga Perdana Inggeris akan melengkapkan perlawanan ke-30 selepas perlawanan Manchester City lawan Burnley yang dijadualkan pada 22 Jun nanti.

Selepas perlawanan malam tadi -21 Jun 2020- ini kedudukan penjaring utama kelab masing-masing.

Nota: Senarai ini hanya melibatkan penyerang tengah utama bagi setiap kelab. Penyerang sisi tidak termasuk dalam penilaian ini.

£ 1 juta –JAMES VARDY, 27 PENAMPILAN (19 GOL, 4 BANTUAN)

Pemain ini sekali lagi menampilkan kecemerlangan apabila berjaya mengungguli carta penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris.

Jauh lebih tajam dari penyerang antarabangsa negaranya, Harry Kane. Vardy hanya berada dalam pasukan sederhana tetapi masih mampu menjadi aset kepada jaringan gol.

2019/20 bakal menjadi musim 20+ gol bagi penyerang berusia 33 tahun itu, mengulangi apa yang dilakukannya pada tahun 2016 dan 2018.

Leicester City kini selesa di kedudukan ke-3 liga dan menjadi calon kuat meraih salah satu slot ke liga juara eropah.

Leicester hanya menggunakan modal £ 1 juta dibahagian penyerang bagi menghadapi beberapa musim cemerlang di Liga Perdana.

penyerang ke-2: Kalechi Iheanacho (3 gol, 3 bantuan)

£ 35 juta –SERGIO AGUERO, 23 PENAMPILAN (16 GOL, 3 BANTUAN)

Tidak banyak yang boleh ditulis tentang kualiti Aguero di Liga Perdana. Semua sudah tahu mengenai pemain ini.

Sering menjaringkan lebih 20 gol semusim sejak 2014/15 dan pada musim ini ia mungkin dilakukannya sekali lagi.

Aguero sudah mengumpul 180 jaringan liga sejak menyertai Manchester City pada 2011/12.

Harga yang dibayar pada ketika itu sudah lebih dari berbaloi.

penyerang ke-2: Gabriel Jesus (10 gol, 4 bantuan)

£ 18 juta- DANNY INGS, 30 PENAMPILAN (16 GOL, 2 BANTUAN)

Apabila dia melihat kesukaran mendapat tempat di Anfield, Ings memohon untuk keluar dari bagi meraih peluang bermain.

Dia dipinjamkan ke Southampton dan bermula pada musim ini dia menjadi pemain kekal di sana.

Langkah Ings agak tepat apabila mendapat tempat sebagai pemain utama.

Dia sudah mencetak 23 gol sepanjang 2 musim di Southampton. Dia menjadi semakin tajam apabila meledak 16 kali pada musim ini.

Menjadikannya sebagai penyerang ke-3 paling berbahaya di Liga Perdana Inggeris.

Yuran £ 18 juta yang dibayar oleh Southampton mungkin akan meningkat kepada £ 20 juta kerana beberapa klausa tambahan.

Namun ia tetap menjadi harga yang berbaloi.

penyerang ke-2: Shane Long (2 gol, 2 bantuan)

£ 30 juta- RAUL JIMENEZ, 30 PENAMPILAN (14 GOL, 6 BANTUAN)

Sama seperti Ings, pemain ini mempunyai musim pinjaman selama 1 musim di Wolverhampton. Jimenez pantas mencipta rekod apabila menjadi penjaring terbanyak kelab pada musim 2018/19 dengan 13 gol.

Pada minggu ini dia memecahkan rekod itu apabila menjaringkan gol ke-14 ketika menewaskan West Ham United 2-0.

Prestasi Wolves agak memberangsangkan, kini sedang mencabar slot liga juara eropah.

Prestasi itu membuka mata kelab besar terhadap pemain Wolves.

Jimenez juga tidak terkecuali. Di mula dikaitkan dengan beberapa kelab seperti Manchester United dan Liverpool.

Wolves boleh mendapatkan semula £ 30 juta yang dilaburkan atau mungkin lebih dari itu.

*Patrick Cutrone (2 gol)

Akademik- TAMMY ABRAHAM, 25 PENAMPILAN (13 GOL, 3 BANTUAN)

Chelsea mengangkat penyerang dari akademiknya selepas dilarang membeli pemain pada 2 jendela perpindahan.

Kegagalan Alvaro Morata memberi impak kepada kelab memberi peluang kepada penyerang berusia 22 tahun ini.

Walaupun dianggap tidak cukup tajam bagi kelab besar seperti Chelsea namun Abraham masih boleh membekalkan beberapa jaringan untuk meletakan pasukan di kelopok teratas.

13 gol dan 3 bantuan pada musim penuh pertama sebagai penyerang utama merupakan satu angka yang baik.

Lebih-lebih lagi ia dilakukan oleh pemain muda dan ia merupakan musim pertamanya. Dengan kelab besar pula tu.

penyeranb ke-2: Oliver Giroud (2 gol)

£ 1.5 juta- DOMINIC CALVERT LEWIN, 27 PENAMPILAN (13 GOL, 1 BANTUAN)

Pada kali ini Everton tidak mendapat musim yang baik. Skuad Carlo Ancelotti ini hanya berlegar di tangga ke-10 hingga ke-15.

Mereka mengeluarkan banyak wang pada awal musim namun ia tidak menepati sasaran, sekurang-kurang berentap untuk ke pertandingan kelas ke-2 eropah-liga ueropa.

Mereka akhirnya bergantung harap kepada Calvert Lewin, seorang penyerang bernilai £ 1.5 juta.

Namun secara statistik, penyerang ini tidak mengecewakan apabila berjaya menyumbang 13 gol.

Ia berbaloi dengan nilai yang dibayar kelab untuk mendapatkannya.

Cuma pasukan tidak meraih keputusan yang lebih baik seiring dengan pencapaian Calvert Lewin.

penyerang ke-2: Moise Kean (1 gol, 2 bantuan)

LONDON, ENGLAND – JANUARY 22: Teemu Pukki of Norwich City celebrates scoring from the penalty spot during the Premier League match between Tottenham Hotspur and Norwich City at Tottenham Hotspur Stadium on January 22, 2020 in London, United Kingdom. (Photo by Visionhaus)

percuma- TEEMU PUKKI, 29 PENAMPILAN (11 GOL, 3 BANTUAN)

Pukki berhak mendapat kedudukan lebih baik setimpal dengan sumbangan untuk Norwich City.

Muncul sebagai penyerang utama ke-7 terbaik di liga namun kelab berada di tangga tercorot.

Malahan dia hanya datang ke kelab secara percuma tetapi masih mampu memberi impak di pentas tertinggi Inggeris setanding dengan penyerang bernilai tinggi.

penyerang ke-2: tiada, Pukki sorang je

£ 36 juta- ANTHONY MARTIAL, 24 PENAMPILAN (11 GOL, 3 BANTUAN)

Harga £ 36 juta tersebut boleh meningkat kepada £ 58 juta. Menjadikan Martial seorang penyerang paling mahal ketika ini di Liga Perdana Inggeris.

Pada awal musim, pemain ini diberi latihan khusus  bagi menggalas peranan di posisi penyerang tengah.

Dengan hanya 11 gol ianya mungkin belum cukup bagi pemain yang berharga £ 58 juta.

Bagaimanapun prestasi buruk Manchester United tidak terletak di bahu Martial.

Martial bersama Rashford merupakan 2 pemain yang boleh diharapkan dibarisan depan sebelum ketibaan Bruno Fernandes.

Namun harganya mungkin menjadi sebab untuk dia perlu lebih tajam di hadapan pintu gol.

penyerang ke-2: Idion Ighalo 

Akademik- HARRY KANE, 21 PERLAWANAN (11 GOL,  BANTUAN)

Ianya percuma hasil dari akademik kelab. Malah Kane sudah memberi lebih pada musim sebelumnya.

Apa yang rugi jika bercakap tentang Kane di Tottenham Hotspur? Tiada

penyerang ke-2: tiada. Son dan Moura di sisi.

£ 15 juta- CHRIS WOOD, 26 PENAMPILAN (11 GOL, 1 BANTUAN)

Apabila Burnley berjaya kekal di Liga Perdana pada musim 2016/17, kelab telah megeluarkan £ 15 juta untuk membeli Wood.

Wood dijadikan sebagai penyerang utama dan dia secara purata menjaringkan 10 gol liga.

Pada musim ini Wood sudah mencetak 11 gol meletakkan kelab di pertengahan liga. Burnley dijangka akan terus kekal di liga perdana buat musim ke-5 berturut-turut.

Dengan pelaburan £ 15 juta untuk unit serangan pasukan, ianya cukup untuk Wood menyelesaikannya.

penyerang ke-2: Ashley Barnes (6 gol)

Berikut adalah 10 lagi penyerang mengikut ranking yang kami sediakan

£ 20 juta- NEAL MAUPAY, 29 Penampilan (9 Gol, 2 Bantuan)

£ 2.5 juta- JORDAN AYEW, 29 Penampilan (9 Gol, 1 Bantuan)

£ 29 juta- ROBERTO FIRMINO, 29 Penampilan (8 Gol, 7 Bantuan)

£ 46.5 juta- ALEXANDRE LACAZETTE, 22 Penampilan (7 Gol, 3 Bantuan)

£ 45 juta- SEBASTIAN HALLER, 27 Penampilan (7 Gol, 1 Bantuan)

£ 3 juta- CALLUM WILSON, 24 Penampilan (7 Gol)

£ 200 ribu- TROY DEENEY, 6 Penampilan (6 Gol, 2 Bantuan)

£ 22 juta- WESLEY MORAES, 21 Penampilan (5 Gol, 1 Bantuan)

£ 17.5 juta- OLIVER McBURNIE, 27 Penampilan (4 Gol)

£ 40 juta- JOELINTON, 30 Penampilan (2 Gol, 2 Bantuan)

Jadi siapakah penyerang tengah -utama- paling bernilai pada musim ini?

Walaupun kami tahu Joelinton mungkin menjadi penyerang terburuk, kami tinggalkan anda untuk putuskan.