Statistik: Perlawanan Ke-124 Malaysia Dalam Kempen Kelayakan Piala Dunia Dan Asia

Malaysia akan turun menentang Vietnam, ia merupakan perlawanan ke-7 bagi kedua-dua pasukan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pada 4 pertemuan terakhir melibatkan 2 negara ini Vietnam menang 3 kali dan seri 1 kali.

Sejak menyertai kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia Malaysia sudah mengharungi 123 perlawanan. Pelbagai keputusan telah direkod.

Apa statistik Malaysia pada 123 perlawanan tersebut?

Sebelum itu kita perlu memahami terlebih dahulu secara ringkas tentang struktur Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

AFC dinaungi oleh 5 bahagian iaitu West Football Federation (WAFF), Central Asian Football Association (CAFA), South Asian Football Federation (SAFF), ASEAN Football Federation (AFF) dan East Asian Football Federation (EAFF).

WAFF mempunyai 12 negara, AFF 12 negara, EAFF 10 negara, SAFF 7 negara dan CAFA 6 negara. Inilah 46 negara membentuk Persekutuan masing-masing dan seterusnya menjadi AFC.

Sejak 1967 Malaysia sudah bertemu dengan 34 negara melalui 123 perlawanan, 12 negara belum pernah bertemu Malaysia dalam 2 kempen kelayakan tersebut.

Malaysia mempunyai rekod baik bertemu negara SAFF, bahagian paling lemah dari Asia dan catatan Malaysia bertemu negara AFF juga baik. Bagaimana rekod pertemuan dengan negara WAFA, CAFA dan EAFF?

Malaysia Lawan Vietnam, Peluang Ke-2 Pemain Buktikan Kemampuan Sebenar

ASEAN Football Federation (AFF)

36 Perlawanan: 19 menang, 10 seri, 8 kalah

Malaysia merekodkan kemenangan lebih 2 kali ganda berbanding kalah. Statistik baik ini banyak disumbangkan oleh pasukan Timor Leste, ahli baru AFF.

Sejak 2015 Malaysia menang kesemua 6 perlawanan menentang Timor Leste.
Malaysia menjaringkan 12 gol pada pusingan kelayakan pertama lepas dan 12 gol lagi diberi percuma pada 4 perlawanan sebelumnya.

Ia kerana Malaysia diberi kemenangan percuma sebanyak 4 kali dengan keputusan 3-0 setiap perlawanan.

3 kemenangan ke atas Thailand dan Indonesia berlaku pada 2019. Kekalahan tunggal hanya di tangan Vietnam. Bermakna separuh dari jumlah kemenangan Malaysia menentang negara AFF berlaku pada 5 tahun terakhir.

Berikut adalah pecahannya

  • Thailand (5-2-2)
  • Indonesia (4-0-0)
  • Singapura (1-4-3)
  • Timor Leste (6-0-0)
  • Vietnam (1-0-2)
  • Myanmar (1-0-1)
  • Kemboja (1-0-0)

Malaysia menang 100% menentang Indonesia dan bekas wilayahnya Timor Leste. Malaysia juga mempunyai rekod pertemuan lebih baik bertemu Thailand.

West Football Federation (WAFF)

40 Perlawanan, 3 menang, 9 seri, 28 kalah

Masalah terbesar Malaysia ketika bertemu negara dari Asia Barat. Malaysia akan terus bertemu pasukan dari rantau itu pada masa depan kerana mereka mempunyai banyak pasukan.

Malaysia tidak akan dapat pergi jauh jika meneruskan stastistik buruk ini, hanya menang 3 kali dari 40 perlawanan.

3 kemenagan tersebut dilakar pada tahun 1984, 2001 dan 2013 menewaskan Yemen (4-1), Palestin (4-3) dan sekali lagi Yemen (2-1). Yemen merupakan negara lemah di rantau tersebut.

Malaysia sudah bolos 106 gol berbanding hanya menjaringkan 25 gol.

Mengikat Arab Saudi 2 kali pada tahun 1993 dan 1997 merupakan pencapaian terbaik Malaysia. Pada masa itu Arab Saudi merupakan pasukan cemerlang di Piala Dunia.

  • Bahrain (0-3-3)
  • Arab Saudi (0-2-4)
  • UAE (0-0-6)
  • Kuwait (0-1-5)
  • Palestin (1-0-3)
  • Qatar (0-1-3)
  • Yemen (2-0-1)
  • Iraq (0-1-1)
  • Lubnan (0-0-2)
  • Jordan (0-1-0)

East Asian Football Federation (EAFF)

35 Perlawanan, 10 menang, 7 seri, 18 kalah

Ini juga antara bahagian sukar bagi Malaysia dan mana-mana pasukan ASEAN. Rekod menunjukkan Malaysia tidak banyak bertemu pasukan besar seperti Korea Selatan, Jepun dan China.

Rekod buruk Malaysia banyak dilakarkan ketika menentang pasukan sederhana seperti Hong Kong.

Malaysia juga tidak mampu menang secara konsisten dalam pertemuan menentang Taiwan. Malaysia perlu mendominasi jika bertemu 2 negara ini pada masa depan jika mahu bercita-cita tinggi layak ke Piala Asia.

Kali terakhir Malaysia bertemu Korea Selatan adalah pada tahun 1989 dan Malaysia hanya bertemu 1 kali dengan Jepun dalam kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia. Sejarah terbaik Malaysia berlaku pada tahun 1975 dan 1985 apabila berjaya menumbangkan Korea Selatan.

  • Hong Kong (3-2-5)
  • Korea Selatan (2-2-4)
  • Taiwan (3-1-2)
  • Korea Utara (0-2-3)
  • China (0-0-3)
  • Macau (2-0-0)
  • Jepun (0-0-1)

South Asian Football Federation (SAFF)

12 Perlawanan, 8 menang, 1 seri, 1 kalah

Jaringan Zainal Abidin Hassan pada tahun 1984 gagal membantu Malaysia tewas 1-2 kepada India, itulah kekalahan tunggal Malaysia bertemu pasukan terkuat di bahagian paling lemah Asia. Namun 10 tahun kemudian Zainal membalas dendam dengan 2 jaringan menumbangkan pasukan itu 5-2. Rakan karibnya, Dollah Salleh turut merakam 1 gol.

Malaysia juga pernah diikat oleh pasukan Nepal, sesuatu yang perlu dielakkan jika mahu menjadi pasukan gagah perkasa atau bercita-cita besar sekurang-kurangnya di Asia.

  • Nepal (3-1-0)
  • Pakistan (2-0-0)
  • Bangladesh (2-0-0)
  • India (1-0-1)

1974-1980 Kekal Menjadi Era Terbaik Pasukan Malaysia, 2015-2017 Zaman Paling Gelap

RUMUSAN

  1. Malaysia perlu memperbaiki statistik ketika bertemu pasukan lemah dari Arab.
  2. Malaysia perlu menjadi juara Asia Tenggara, hapuskan badi bertemu Singapura.
  3. Malaysia perlu lebih baik dari Hong Kong.
  4. Malaysia perlu kekalkan kekuatan ketika bertemu negara Asia Selatan.

Statistik tidak menggambarkan apa keputusan pada pagi nanti, ia cuma sekadar pencapaian masa lepas dan boleh dijadikan rujukan untuk diperbaiki untuk masa depan.

Ayuh… Guilherme Delopa

 

Baca yang lain