Mikel Arteta sebelum ini berkata bahawa tidak rugi untuk beliau mengambil risiko mempertaruhkan para pemain muda Arsenal.
Arteta mengibaratkan beliau sedang memperjudikan nasib beliau untuk terus memberikan kepercayaan kepada para pemain muda ini.
Namun begitu, beliau menganggap ianya berbaloi untuk mengambil risiko menurunkan para pemain muda ini di atas padang.
Buat masa ini apa yang dikatakan oleh Mikel Arteta ini sebenarnya terbukti. Para pemain muda ini ternyata memberikan impak.
Dalam aksi Piala FA pada awal pagi tadi, pemain muda Arsenal, Eddie Nketiah sekali lagi meledak gol dan membantu Arsenal mara ke suku akhir.
Pada minggu lalu beliau menjaringkan gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris
Pasukan Arsenal menang 2-0 ke atas Portsmouth. Masa tu kau tengah tidur kan.
Nketiah terus cemerlang bersama Arsenal selepas ditamatkan kontrak pinjaman beliau lebih awal di Leeds United kerana kekurangan minit perlawanan dengan kesebelasan utama.
3 goals in 4 starts for Nketiah since he returned from Leeds. Good to have him back. pic.twitter.com/d56MM6UIPc
— Dan Critchlow (@afcDW) March 2, 2020
Selain daripada Nketiah, seorang lagi pemain remaja pasukan Arsenal iaitu Reiss Nelson juga berada dalam senarai pencipta jaringan gol/assist.
Paling menarik adalah gol Eddie Nketiah di mana tiga pemain muda mereka berganding untuk mencipta gol tersebut.
Joe Willock telah menghantar kepada Reiss Nelson, yang kemudiannya mencipta gol untuk Eddie Nketiah.
Reiss Nelson 🤝 Eddie Nketiah
Baller to bagsman. Level above. pic.twitter.com/8LSfau7TAG
— VERSUS (@vsrsus) March 2, 2020
Jom kita lihat prestasi para pemain muda Arsenal ini apabila mereka diperlukan di atas padang.
1. Gabriel Martinelli
Pemain berusia 18 tahun ini adalah yang paling cemerlang di kalangan mereka apabila tiba ke soal sumbangan secara terus kepada gol (gol atau assist).
Beliau telah bermain 26 perlawanan dalam semua kompetisi untuk pasukan Arsenal.
Gabriel Martinelli telah menjaringkan 10 gol dan mencetak 4 assist.
Menjadikan sumbangan beliau ke atas gol secara langsung adalah 14. Ianya satu angka yang sangat tinggi bagi seorang pemain remaja berusia 18 tahun.
Beliau merupakan pemain remaja yang banyak gol di Eropah ketika ini. Dan sudah menjadi perhatian banyak kelab lain.
2. Bukayo Saka
Pemain berusia 18 tahun ini sangat mengejutkan ramai pihak termasuk fans Arsenal sendirim
Beliau adalah pemain yang serba boleh dan musim ini banyak bermain di bek kiri pasukan Arsenal.
Namun sumbangan terus belia kepada gol amat tinggi. Beliau bermain 27 perlawanan dengan 3 gol dan 9 assist – sumbangan kepada gol adalah 12.
Padu kan Saka?
3. Reiss Nelson
Pemain yang cemerlang 3 dipinjamkan ke kelab Bundesliga. Beliau kembali semula ke Arsenal dan berjaya membantu pasukannya.
Dan ketika ini Reiss Nelson mencatatkan 2 gol dan 3 assist daripada 15 perlawanan beliau bermain.
🗣 Arteta: "Reiss Nelson is a special talent, he can eliminate players one vs one. That's what he is capable of." #AFC
— Gunners (@Gunnersc0m) March 2, 2020
4. Eddie Nketiah
Beliau dianggap prospek masa depan pasukan Arsenal. Penyerang muda yang memiliki kualiti poaching yang sangat baik.
Setakat ini sudah bermain 6 kali untuk perlawanan untuk Arsenal. Dan kini sudah menjaringkan 3 gol buat pasukan Arsenal.
5. Joe Willock
Beraksi di bahagian tengah, bukan alasan untuk pemain ini tidak menyumbang secara terus kepada gol.
Walaupun tiada assist setakat ini, namun Joe Willock sudah menjaringkan 4 gol untuk pasukan Arsenal.