Statistik Teruk Aubameyang vs Arsenal, Cuma Sentuh Bola 5 Kali Je

Pierre Emerick Aubameyang sekali lagi berada dalam kesebelasa utama sejak kali terakhir pada tahun lalu ketika Chelsea kalah di tangan Arsenal.

Ketika itu dia terlibat dalam iklan promosi pra perlawanan dengan ‘taunting’ peminat Arsenal dan Arteta.

Aubameyang pada masa itu menunjukkan aksi hambar. Dan kali ini dia turut mempamerkan aksi kurang bertenaga.

Secara statistik, Aubameyang cuma melakukan 9 sentuhan bola. Membuatkan dia dikeluarkan selepas aksi separuh masa pertama.

Secara open play dia cuma menyentuh bola sebanyak 5 kali. Selebihnya, 4 lagi adalah menerusi sepakan memulakan permainan.

Arsenal menjaringkan 3 gol pada separuh masa pertama.

Ia bukan statistik yang baik buat Aubameyang yang sebelum ini mahu membalas dendam dengan Arteta dengan menyatakan kepada Arsenal ianya ‘nothing personal’.

Aubameyang menyertai Chelsea musim ini dari Barcelona dengan perjanjian sekitar EUR12 juta.

Dan sejak tiba di Chelsea dia gagal untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Tuchel dan Graham Potter sebelum ini malah banyak bergantung kepada Kai Havertz sebagai false 9 pasukan mereka.

Kemudian di bawah kendalian Frank Lampard dia juga masih gagal mendapatkan tempat dalam pasukan kesebelasan utama. Sehinggalah aksi menentang Arsenal.

Ianya sepatutnya menjadi peluang terbaik untuk Auba bangkit semula dan membuktikan kualitinya.

Malangnya dia gagal.

Ke mana destinasi Aubameyang?

Aubameyang sebelum ini pernah memberitahu kelab bahawa dia mahu kembali semula ke Barca. Namun ianya tidak dapat dilaksanakan kerana Chelsea mahukan yuran perpindahan EUR12 juta dibayar balik.

Barcelona masih tidak berputus asa. Dan berharap pemain itu akan dapat memujuk Chelsea untuk menamatkan kontraknya agar dia menjadi ejen bebas dan kembali semula ke Barca.

Auba dikatakan sedia menerima pengurangan gaji untuk kembali ke Barca musim hadapan.

Namun setakat ini tiada tanda tanda Chelsea akan tunduk untuk melepaskan pemain itu secara percuma. Dengan kontraknya masih ada lagi sehingga 2024.

Aubameyang antara 7 pemain yang disenaraikan Chelsea untuk dilepaskan atau dijual pada jendela perpindahan akan datang.

Atletico juga berminat mendapatkan Auba. Dan kelab itu mungkin akan menggunakan sistem pinjaman pemain.

Baca yang lain