Statistik Teruk Kane vs Arsenal: Komitmen Kane Dipersoal

Harry Kane sekali lagi gagal menunjukkan aksi cemerlang di atas padang. Ini bukan kali pertama musim ini bintang utama Spurs itu gagal mempamerkan aksi Harry Kane sebenar.

Sudah beberapa musim Harry Kane menjadi pemain yang kerap menyelamatkan pasukannya ketika mereka dalam kesulitan. Terutama sekali menentang Arsenal, Kane seringkali terlibat dalam gol.

Adakah situasi yang melanda Kane pada musim panas lalu mempengaruhi aksinya pada musim ini?

Gary Neville merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena tentang Harry Kane. Dalam aksi derbi London Utara berdepan Arsenal, Kane menunjukkan aksi yang sangat hambar.

Statistik beliau sangat teruk. Beliau hanya melakukan 46% sahaja hantaran tepat dan hilang bola sebanyak 11 kali.

Dari segi duels beliau tewas 77% duels di udara dan 80% kalah duels biasa gagal melakukan sebarang gelecekan berjaya, tiada gol dan tiada assist.

Walaupun dia seorang penyerang utama, Kane antara pemain yang seringkali mencipta peluang kepada rakan-rakan beliau.

Malang sekali, kali ini beliau tidak mencipta sebarang peluang langsung.

Spurs tewas 3-1 di tangan Arsenal dalam aksi di Emirates. Kane gagal menjelmakan inspirasi beliau dalam aksi yang menyaksikan anak anak buah Mikel Arteta beraksi sangat baik.

Impak menyimpan pemain nak pergi?

Ada juga yang berpendapat bahawa ini adalah risiko dalam perkiraan (calculated risk) apabila sebuah kelab itu memutuskan untuk mengekalkan pemain yang mahu pergi.

Kane terus terang menyatakan bahawa beliau mahu menyertai Man City. Namun hasratnya diulang walaupun City membida harga beliau dengan nilai lebih £100 juta dan ditambah dengan pemain.

Pada akhir musim lalu dalam satu temuramah dengan Gary Neville, Kane sudah memberikan bayangan bahawa beliau akan meninggalkan kelab itu kerana mahu menjulang trofi.

Beberapa tahun lalu, Kane menegaskan bahawa beliau memberikan peluang 3 tahun untuk dirinya dan Spurs. Jika masih gagal memenangi piala maka Kane mahu mencari haluan lain.

Terdapat juga laporan bahawa Kane tidak gembira dengan Levy yang dikatakan mungkir janji. Kerana ketika Kane menandatangani kontrak lanjutan sebelum ini, Levy berjanji akan terbuka menjual Kane jika pemain itu meminta dilepaskan dengan syarat, harga yang ditawarkan berpatutan.

Malang sekali Levy kemudian menyatakan dia tidak mahu menjual Kane terutama sekali ke kelab dari kalangan Liga Inggeris.