Liga Perdana Inggeris akan memasuki hari perlawanan kedua pada hujung minggu ini. Dalam minggu pertama, sudah ada beberapa bintang menunjukkan taring mereka. Antara yang seringkali menjadi perhatian peminat adalah pemain yang laju.
Berikut adalah top 5 pemain EPL yang melakukan larian paling laju pada minggu pertama EPL.
#5 William Saliba β Arsenal lwn Crystal Palace: 34.49 km/j
William Salibaβs performance against Crystal Palace. π pic.twitter.com/s9sF5SzdyE
β TheAFCnewsroom (@TheAFCnewsroom) August 7, 2022
Peminat Arsenal ada harapan yang tinggi untuk pemain muda ini. Dia akhirnya membuat penampilan kompetitif untuk The Gunners selepas beberapa musim bermain sebagai pemain pinjaman.
Saliba musim lalu menjadi pemain dalam best XI Ligue 1. Dan dia terus memberikan impaknya dalam aksi pertama Arsenal bertemu dengan pasukan yang sering menjadi badi mereka, Crystal Palace.
Saliba menjadi Man Of The Match dalam perlawanan tersebut. Pemain asal Perancis itu mencatatkan kelajuan tertinggi 34.49 km/j menentang Palace. Itu menjadikan dia pemain terpantas dalam skuad Mikel Arteta pada minggu pertama.
Selain mempamerkan kepantasan yang menakjubkan, Saliba membuat tujuh pelepasan, memenangi empat daripada lima duelnya, memberikan 45 hantaran tepat dan melepaskan dua bola panjang dengan tepat. Debut yang menakjubkan untuk bekas pemain Saint-Etienne itu.
#4 Andreas Pereira β Fulham lwn Liverpool: 34.52 km/j
Bekas pemain Manchester United ini menikmati hari terbaiknya pada minggu pertama EPL musim ini ketika berdepan dengan Liverpool. Dia hampir sahaja menjadi matchwinner dalam perlawanan terssbut.
Memainkan peranan No.10, pemain musim panas yang ditandatangani Andreas Pereira terus memberikan impak dalam permainannya dengan kelajuannya.
Andreas Pereira 4.5M
Was so impressive in todays game:
β Very attacking, and created many chances β
β Made numerous runs from a counter β
β holds down that CAM position in a much improved Fulham team β
β Fulham are looking very impressive and just 4.5M, heβs a bargain!π pic.twitter.com/FH05iecvoSβ FPL Architect (@FPLArchitectAz) August 6, 2022
Pemain Brazil itu mencapai kelajuan tertinggi 34.52 km/j ketika menentang Liverpool. Tiada pemain di posisi tengah yang mencatatkan angka gila sebegitu pada hujung minggu pembukaan Liga Perdana musim 2022/2023.
Nampaknya pengurus FPL boleh mempertimbangkan namanya untuk dimasukkan dalam pasukan.
#3 Tosin Adarabioyo β Fulham lwn Liverpool: 34.80 km/j
Fulham memiliki seorang lagi pemain dalam senarai top 5 untuk kelajuan tertinggi pada minggu pertama EPL iaitu bek tengah, Tosin Adarabioyo.
Dia mengawal dua pemain Liverpool yang laju iaitu Luis Diaz dan Darwin Nunez. Nampaknya kelajuannya berjaya mengurangkan impak Diaz terutamanya.
Pemain pertahanan tengah asal England itu mencatatkan peak larian 34.80 km/j. Sangat laju.
Tosin Adarabioyo against Liverpool:
6 saves
2 interceptions
2 tackles
2/2 in ground duels
2/2 in aerial duels pic.twitter.com/0ojOtzBJoWβ luca (@thekanyegatti) August 6, 2022
#2 Danny Welbeck β Brighton & Hove Albion lwn Manchester United: 35.28 km/j
Brighton & Hove Albion bertandang ke Old Trafford untuk perlawanan pembukaan Liga Perdana menentang Manchester United pada Ahad lalu dan membawa pulang 3 mata yang sangat bersejarah.
Danny Wellbeck menjadi penyerang dan playmaker yang memberikan masalah besar kepada Manchester United.
Welbeck sempat mencatatkan kelajuan tertinggi 35.28 km/j menentang Red Devils. Mengucar kacirkan pertahanan tuan rumah dengan kepantasan, tenaga dan keyakinannya.
Dia menjadi nadi kepada kebanyakan peluang Brighton pada separuh masa pertama dan memberikan bantuan kemas untuk gol pembukaan Pascal Gross pada minit ke-30. Gross kemudian menambah 1 lagi gol untuk menjadikan kedudukan 2-0. Tetapi gol sendiri Alexis Mac Allister menjadikan kedudukan Man United 1 Brighton 2.
Prestasi cemerlang Danny Welbeck membuatkan legenda Man United, Rio Ferdinand sendiri mencadangkan agar Man United menandatangani pemain itu kembali.
Should Man United have considered signing Danny Welbeck this summer? π€ pic.twitter.com/zsSySvwFzO
β ESPN UK (@ESPNUK) August 9, 2022
#1 Darwin Nunez β Liverpool lwn Fulham: 36.53 km/j
Masuk sebagai pemain gantian. Nunez memberikan impak untuk menyelamatkan Liverpool daripada dimalukan adalam perlawanan pertama EPL musim ini.
Nunez menjaringkan 1 gol dan mencipta 1 assist kepada Mo Salah.
Darwin Nunez vs Fulham
β’ 40mins
β’ 6/7 passes (86%)
β’ 2 chances created (=1st in game)
β’ 1 assist
β’ 15 touches
β’ 4 shots (1st)
β’ 1 goal
β’ 3/5 aerial duels (2nd)Absolutely brilliant. Has to start π₯ pic.twitter.com/onKcRtFaOJ
β LFC Stats (@LFCData) August 6, 2022
Dia sempat mencatatkan kelajuan tertinggi dari kalangan pemain EPL pada minggu pertama denganΒ 36.53 km/j. Dengan fizikalnya yang besar, nampaknya Nunez turut memiliki kelajuan persis pemain berpusat graviti rendah.