Raheem Sterling akhirnya bersuara tentang peranannya di Chelsea. Di mana pemain itu kerapkali dijadikan sebagai wingback dalam pasukan yang kini dikendalikan Graham Potter.
Sterling menyertai Chelsea pada musim panas lalu. Dianggap pembelian penting Thomas Tuchel kerana reputasinya bersama dengan Manchester City dan England.
Sterling akui dia merasai pengalaman yang sangat mencabar sejak berpindah ke Chelsea. Bukan sahaja kerana perlu beradaptasi dengan pengurus bertukar, malah turut bergelut untuk menyesuaikan diri dengan peranan baharunya di atas padang.
Di kelab baharunya, Sterling bermain sebagai bek sayap beberapa kali. Kedudukan ini berbeza dengan posisi semula jadinya sebagai pemain sayap.
Detik ini berlaku selepas Chelsea membuat pertukaran pengurus pada awal musim 2022/2023. Thomas Tuchel dipecat dan digantikan oleh Graham Potter yang sebelum ini menguruskan pasukan Brighton.
Di bawah kendalian Potter, Sterling berfungsi sedikit berbeza daripada Tuchel. Kerana dia lebih ke bawah dan memiliki jarak jelajahan lebih jauh dari belakang.
Dalam temu bual di Kelly and Wrighty Show, Sterling menjelaskan bahawa dia lebih selesa bermain di posisi asalnya. Bagaimanapun, dia tetap gembira apabila cuba bermain sebagai bek sayap. Menganggap ianya cabaran biasa sebagai pemain profesional.
“Posisi terbaik saya adalah pemain sayap, itu sudah pasti. Saya lebih daripada gembira untuk bermain di posisi bek sayap,” tegas Sterling.
Sterling mengakui dia sudah bercakap dengan Graham Potter tentang isu bermain di luar posisi utamanya.
Raheem Sterling on his best position. pic.twitter.com/hbRa2JXhlj
— Frank Khalid (@FrankKhalidUK) November 1, 2022
“Saya rasa saya boleh memberikan yang terbaik apabila saya bermain sebagai pemain sayap. Itu sudah pasti,” kata pemain antarabangsa England itu.
“Tetapi semakin saya bermain, semakin saya akan tahu bagaimana untuk bermain di posisi itu. Jadi saya akan lebih gembira bermain di sana.”
Selain itu Sterling menyatakan bahawa dia masih cuba memahami falsafah permainan Graham Potter. Lebih lebih lagi pengurus itu tiba di Chelsea dan tidak berpeluang untuk mengendalikan pra musim kelab.
Raheem Sterling menyatakan bahawa setiap pengurus pastinya ada idea tersendir dan mengambil sedikit masa untuk menjelaskan dan menstabilkan idea tersebut di dalam pasukan mereka.
Sterling berkata: “Apabila anda datang ke kelab baharu, perkara yang berbeza ditanya daripada anda. Biasanya walaupun dalam formasi atau peranan yang sama sekali berbeza.”
“Pengurus sentiasa mempunyai idea untuk bermain untuk pasukan yang dikendalikannya. Kemudian dia [Potter] tidak mempunyai masa untuk menjalani pramusim bersama kami.”
“Sejujurnya saya sudah lama tidak bermain dalam sistem bek berlima. Tetapi saya fikir ia bagus apabila pengurus meminta saya melakukan sesuatu yang baharu dan saya gembira melakukannya.”
Raheem Sterling: "My best position is a winger, that’s for sure. But the manager has his way of playing and he’s not had a full pre-season with us. You've come to a new team, there is different things going to be asked of you, it's a completely different shape." pic.twitter.com/eR0Rr5s6zF
— Simon Phillips (@siphillipssport) November 1, 2022
Selain daripada cuba menyesuaikan diri dengan sistem permainan di Chelsea, Raheem Sterling juga dalam proses untuk mengembalikan semula prestasi terbaiknya.
Hal ini kerana Piala Dunia 2022 tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Sterling sebelum ini menjadi tonggak England dalam beberapa kempen antarabangsa mereka.
Sterling dijangka akan berada dalam skuad utama Three Lions yang akan terbang ke Qatar nanti.
Antara sebab utama Sterling meminta dijual ke pasukan seperti Chelsea adalah kerana mahu mendapatkan minit permainan yang lebih banyak bagi mendapatkan tempat dalam skuad Piala Dunia.
Di Manchester City, Sterling tidak diberikan jaminan akan mendapat minit permainan yang banyak.
Di Chelsea, dia dijanjikan akan dijadikan pemain utama dalam skuad Thomas Tuchel. Walaupun perubahan pengurus, Raheem Sterling pasti lega kerana dia masih menjadi pemain utama di bawah kendalian Graham Potter meskipun bermain di posisi yang tidak pernah difikirkannya.