Legenda Manchester United, Steve Bruce dilaporkan terbuka untuk memnawarkan khidmatnya bagi membantu kelab itu mengharungi baki kempen musim ini.
Pengurus yang dipecat Newcastle itu dianggap antara calon yang relevan mengisi jawatan interim sementara Man United mencari pengurus tetap bagi musim hadapan.
Michael Carrick akan mengambil alih untuk beberapa perlawanan seterusnya, sebelum pengurus sementara/interim dilantik untuk mengendalikan Red Devils sehingga akhir musim.
The Athletic telah melaporkan bahawa bekas pemain pertahanan United, Steve Bruce sudah menyatakan kepada United tentang minatnyta untuk mengisi kekosongan jawatan sementara di Old Trafford.
Bruce telah menganggur sejak dipecat oleh Newcastle bulan lalu berikutan pengambilalihan yang diketuai oleh Arab Saudi. Bruce dianggap tidak sesuai dengan projek dan aspirasi pemilik baharu kelab.
Namun Bruce menyatakan bahawa dia yakin dia mampu menstabilkan semula bilik persalinan Man United yang dilaporkan sedang bergolak ketika ini.
Ada beberapa pemain hilang motivasi dan ada juga yang sebelum ini tidak berpuas hati dengan Ole. Jesse Lingard tidak berpuas hati soal tawaran kontrak yang menyaksikan United menawarkan gaji lebih rendah daripada gaji semasa.
Eric Bailly pernah mempersoalkan tindakan Ole menurunkan bek tengah tak cergas ketika kekalahan di tangan Leicester. Kerana masa itu Maguire baru cergas daripada kecederaan. Ole terus turunkan Maguire, yang bersepah melakukan kesilapan.
Beberapa pemain lain juga menyatakan bahawa mereka tidak mendapat informasi yang cukup tentang idea permainan dan taktikal Ole. Staf kejurulatihan Ole dikatakan tidak begitu membantu.
Ole kemudian mengadakan pertemuan dengan beberapa pemain senior membincangkan soal taktikal dan yakin dapat mengubah keadaan. Malangnya, mereka kalah lagi di tangan Watford.
Steve Bruce is very interested in becoming the Manchester United manager. He believes that he could stabilise the dressing room!😳
[Via – TheAthletic] pic.twitter.com/W7KgiLNwMl
— Footy Accumulators (@FootyAccums) November 22, 2021
Bekas pertahanan England dan Arsenal, Sol Campbell telah meramalkan bahawa Bruce akan mengambil alih peranan sebagai bos sementara sebelum pengurus tetap ditandatangani pada musim panas.
Dia memberitahu Premier League Productions: “Untuk menggantikan Ole dan membawa seseorang masuk, ia memerlukan banyak wang.”
“Saya tahu mereka mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan tetapi anda perlu melihat buku dan anda perlu melihat di mana ianya berada.”
“Ada kemungkinan [Bruce akan dilantik menjadi interim]. Adakah Steve Bruce cukup bagus? Hanya untuk enam bulan? saya tak tahu. Siapa tahu?”
“Tetapi ia adalah keputusan yang besar kerana mereka tak tahu apa yang bakal berlaku. Mungkin ini juga bukan jawapan yang tepat kepada masalah mereka.”
Sebagai pemain, Bruce menghabiskan sembilan musim di kelab itu dan merupakan sebahagian penting dalam kejayaan Sir Alex Ferguson pada musim musim kejayaan awal di Liga Perdana Inggeris.
Dia memenangi tiga kejuaraan liga dan Piala FA sebelum dia meninggalkan kelab itu pada musim panas 1996.
Kini, 25 tahun kemudian, kelabnya bergolak selepas permulaan buruk mereka musim ini, termasuk kekalahan memalukan kepada Liverpool dan Manchester City.
Ole Gunnar Solksjaer sudah beberapa kali mengelak daripada pemecatan. Namun kekalahan di tangan Watford membuatkan Ole tak mampu lagi meraih sokongan daripada Joel Glazer.
Joel Glazer adalah satu satunya individu yang masih menyokong Ole. Kerana berdasarkan mandat, dilaporkan BOD Man United sudah menentang Ole.
Namun Joel Glazer menggunakan vetonya sebagai wakil pemilik kelab.
Ole dilepaskan dengan cara sebaik mungkin oleh Man United kerana menjaga statusnya selaku legenda.
Berdasrkan tinjauan, rata rata peminat Man United lebih gemar kalau United melantik Ralf Ragnick sebagai interim. Dan musim akan datang melantik Zidane atau Ten Hag sebagai pengurus baharu.
Ini kerana menurut mereka, Ragnick boleh memberikan motivasi dan pembinaan asas taktikal kepada pasukan United.