Steven Gerrard: Kisah Kapten Legenda Yang Setia Bersama Liverpool

“Keratlah salur darahku, maka ianya akan mengalir warna merah Liverpool.”

Itu adalah kata-kata yang bukan hanya diungkap sebab saja cari sensasi atau meraih undi. Itu kata-kata yang dibuktikan dengan nyata oleh manusia bernama Steven Gerrard.

Sepanjang kariernya, Steven Gerrard telah melihat berpuluh surat tawaran daripada kelab lain kepadanya. Namun kesemuanya ditolak demi Liverpool yang dia cintai.

Manchester United,  Real Madrid, Chelsea dan banyak lagi pasukan yang pernah kepingin mahukan khidmat Gerrard.

“2 kali saya pernah cuba mendapatkan Gerrard untuk dibawa ke Chelsea.”

“Salah satu penyesalan saya dalam karier adalah gagal mendapatkan Steven Gerrard,” itu kata Mourinho tentang Stevie G. Mourinho pernah memikat Gerrard untuk menyertai pasukan yang ada Frank Lampard, Mekelele di tengah.

Pada 2004, Gerrard menolaknya. Namun pada 2005, Gerrard menghantar transfer request. Tetapi selepas dipujuk dan dirayu Benitez. Gerrard kekal.

Bukan benda yang kau boleh buat kelakar pun kesetian Gerrard ni. Team yang nakkan dia easily berikan dia piala. Terutama Chelsea yang boleh sahaja berikan dia EPL.

Tidak cukup dengan itu, Mourinho pernah cuba membawa Gerrard ke Real Madrid pada 2010. Sekali lagi Gerrard terpaksa melupakan tawaran mewah itu.

Pada 2009, Kaka menyatakan ketika di AC Milan beliau mahukan kelab itu menandatangani Steven Gerrard.

Team Milan era Kaka dulu padu nak mampus adik adik WeChat yang ku hormati.

Namun setia Gerrard di lapangan Anfield. Terus berjuang untuk pasukan yang disokongnya sejak kecil lagi. Liverpool adalah darahnya.

Gerrard kemudian menarik balik niatnya sebalik sahaja Liverpool meminta beliau kekal. Gerrard boleh pergi ke Chelsea selepas memberikan kita UCL.

Sampai Gerrard pernah berkata, itu adalah antara detik yang malu beliau nak kenang, kerana pernah tefikir di sudut hatinya paling dalam, untuk meninggalkan Liverpool.

Selepas itu, Liverpool dirundung pelbagai masalah. Susah nak bersaing dengan pasukan lain. Pengurusan yang macam khinzir kesesatan.

via GIPHY

Real Madrid datang untuk mendapatkan beliau. Gerrard terus kekal bersama Liverpool.

Bagi beliau, dia sudah tidak boleh membayangkan dirinya memakai jersi pasukan lain.

Terlalu banyak magis diberikan Gerrard untuk Liverpool. Sepakan jauh ketika final Gerrard (FA cup vs West Ham) adalah antara yang penting.

Jeritan pengulas “what a hit son, what a hit”.

Tak lupa tandukan pencetus kebangkitan di Instabul yang disambut dengan nada “Helo helo, here we go’ oleh pengulas.

Gerrard banyak kali mendukung 10 pemain Liverpool yang lain di bahunya. Berapa kali Stevie G menyelamatkan Liverpool ataupun mengeluarkan Liverpool daripada curam dan gaung?

Tak terkira. Kau tak akan mampu kira pun.

Namun harus diakui, 10 pemain Liverpool yang lain tidak mampu untuk mendukung Gerrard seorang untuk mendakap EPL dalam sejarah karier beliau.

Gerrard sentiasa diingat sebagai hero kita ketika satu ketika dahulu terutama sekali ketika kita semua masih di bangku sekolah.

Pemain silih berganti ketika itu. Dan Gerrard terus sentiasa ada hadir ke pusat latihan Liverpool melaporkan dirinya selama 17 tahun musim berganti.

Gerrard tak mahu membiarkan Liverpool bersendirian. Biarlah sama-sama berjaya dan sama-sama berduka. Tak akan pernah terfikir Gerrard nak mengejar impian peribadinya tanpa Liverpool.

via GIPHY

Oleh kerana Gerrard terlalu istimewa, apa saja ‘dosa’ beliau yang kita tak tutup mata. Sebab dia Gerrard. Kau tau!

Kau bayangkan pemain lain yang slip ketika kita mengejar kejuaraan EPL pastinya layanan berbeza kita berikan. Namun untuk Gerrard ianya sentiasa ada peraturan berbeza untuk kamu.

Kamu lebih sedih dengan kamu kerana gagal menjulang EPL daripada sedih gagal menggapai EPL ketika itu.

Kita ni dah biasa dah frust ni tetapi setia kami di sini seperti kamu Gerrard. Namun yang kami kesalkan Liverpool tak mampu merealisasikan impian EPL kamu.

Namun tiada apa yang terlalu dikesalkan. Malam Istanbul kamu menjadi kapten muda yang menjulang UCL berhadapan dengan salah sebuah pasukan terbaik dalam UCL sepanjang zaman.

Apa yang Gerrard lakukan terlalu banyak untuk kita ingati perkara seperti itu.

Gerrard adalah legenda. Antara pemain tengah terbaik dalam generasi beliau. Definisi kepada kapten yang setia kepada kelab yang dia sayangi dalam sudah dan dalam senang.

Jika Gerrard pernah berkata, semua di Liverpool adalah indah kecuali satu kekesalan beliau adalah gagal menghadiahkan fans dengan EPL.

Tak Gerrard. Tak perlu kesal. Kami tau team yang kau main dulu tak sehebat team Chelsea dan Man. United pada era itu. Nak beli pemain pun kedekut.

Selamanya my best Captain. Terima kasih kapten Gerrard yang bertahta sebagai Raja di Anfield.

🔴 710 Games
⚽️ 186 Goals
🏆 FA Cup x 2
🏆 League Cup x 3
🏆 Champions League x 1
🏆 UEFA Cup x 1
🏆 PFA YPOTY x 1
🏆 PFA POTY x 1
🏆 FWA FOTY x 1
🏆 PFA Fans POTY x 2

OH YOU BEAUTY!!!

Kalau kau baca kenyataan di atas ni tiada sound, tanda kau memang merindui Gerrard.

Kini beliau sedang meniti fasa baru di dalam kariernya sebagai pengurus. Semoga suatu hari nanti jadi pengurus di Liverpool.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan