Streamer Singapura Ini Raih Lebih Setengah Juta Ringgit Dalam Masa Dua Tahun Di Twitch

Share on facebook
Share on twitter
blank

Satu dokumen yang mengandungi banyak butiran sensitif dan sulit tentang streamer di Twitch telah dibocorkan di 4chan minggu ini. File tersebut dimuatnaik untuk dimuat turun sesiapa sahaja.

Saiz fail dikatakan 125GB. Antara maklumat yang mengejutkan adalah melibatkan streamer Singapura yang popular iaitu KiaraaKitty yang mendapat sekitar US$122,586 dalam masa dua tahun dia menjadi pencipta konten permainan video di Twitch.

Ini bermakna dalam tempoh tersebut KiaraaKitty berjaya meraih RM512,164. Kira kira setengah juta ringgit Malaysia.

Kiara memiliki lebih 222k pengikut di Twitch dan dia berada di platform tersebut setiap hari untuk berinteraksi dengan para pengikutnya.

Para pengikutnya boleh memberikan sokongan dengan melanggan salurannya dengan harga US$4.99 sebulan.

Selain itu, Kiara turut menerima banyak sekali sumbangan derma daripada penyokongnya ataupun daripada virtual cheers (Twitch Bits) dari ruangan sembang.

Menurut senarai tersebut, KiaraaKitty berada di kedudukan 1,645, dari kalangan streamer yang menerima pendapatan lumayan.

Pada Jun lalu, KiaraaKitty dituduh menipu beberapa lelaki namun dia menafikannya.

blank

KiaraaKitty dikenali dengan konten Final Fantasy XIV serta first-person shooter games.

Selain daripada bermain video game, KiaraaKitty juga kerap memuat naik vlog untuk tontonan para pengikutnya.

Mothership SG menyatakan bahawa mereka cuba mendapatkan penjelasan daripada KiaraaKitty sama ada dia benar benar menerima angka selumayan itu? Namun streamer itu masih berdiam diri.

blank

Twitch mengecam pembocoran data tersebut. Dan menganggap ianya tidakan tidak bertanggungjawab.

Dalam senarai tersebut, CriticalRole menjadi penerima bayaran paling tinggi di platform tersebut dengan US$9.6 juta sejak Ogos 2019. Diikuti streamer Kanada, Felix Lengyel menerusi xQcOW channel, yang menyaksikan dia menapau US$8.5 juta dalam tempoh yang sama.

blank

Baca yang lain